KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 3 NOVEMBER 2015

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 3 November 2015 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:

 

1.      Tindakan penyokong pasukan Terengganu membakar suar, membakar mercun dan membakar kerusi stadium semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Terengganu menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 12 September 2015.

  • Persatuan Bolasepak Terengganu telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Didenda sebanyak RM17,500.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan
  2. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

2.      Tindakan penyokong pasukan Pulau Pinang membaling batu selepas perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Pulau Pinang menentang pasukan Selangor PKNS FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 12 September 2015.

  • Persatuan Bolasepak Pulau Pinang telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dikenakan hukuman berikut:
  1. Didenda sebanyak RM30,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan
  2. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

3.      Tindakan pemain pasukan Sarawak, Joseph Kalang Tie menyerang pemain pasukan Perak semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Sarawak menentang pasukan Perak di Stadium Negeri, Kuching pada 17 Oktober 2015.

  • Pemain, Joseph Kalang Tie telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM2015’ berkenaan‘Menyerang pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

     

    a)Perlawanan Piala Malaysia 2015, Sarawak lawan Johor Darul Ta’zim pada 24 Oktober 2015 di Stadium Negeri, Kuching (penggantungan perlawanan secara automatik);

    b)Perlawanan Piala Malaysia 2015, ATM lawan Sarawak pada 4 November 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi;

    c)Perlawanan Piala Malaysia 2015, Johor Darul Ta’zim lawan Sarawak pada 21 November 2015 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin; dan

    d)Baki dua (2) lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama dan kedua yang seterusnya bagi Pemain selepas perlawanan terakhir di atas.

  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.

  3. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

4.      Tindakan pemain pasukan Perak, Mohd Nor Hakim Isa menyerang pemain pasukan Sarawak semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Sarawak menentang pasukan Perak di Stadium Negeri, Kuching pada 17 Oktober 2015.

  • Pemain, Mohd Nor Hakim Isa telah didapati bersalah kerana melanggar‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Menyerang pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

     

    a)Perlawanan Piala Malaysia 2015, Perak lawan Johor Darul Ta’zim pada 5 November 2015 di Stadium Perak, Ipoh (penggantungan perlawanan secara automatik);

    b)Perlawanan Piala Malaysia 2015, ATM lawan Perak pada 21 November 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi;

    c)Baki tiga (3) lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama, kedua dan ketiga yang seterusnya bagi Pemain selepas perlawanan terakhir di atas

  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.

  3. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

5.      Tindakan pegawai pasukan Sarawak, Mohd Hysham Adenan menyerang pemain pasukan Perak semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Sarawak menentang pasukan Perak di Stadium Negeri, Kuching pada 17 Oktober 2015.

  • Pegawai, Mohamad Hysham Bin Adenan telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Menyerang pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dibaca bersama dengan‘Artikel 50.3 dan 80(a) Kod Tatatertib FAM 2015’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung daripada bermain untuk lima (5) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

    a)Perlawanan Piala Malaysia 2015, ATM lawan Sarawak pada 4 November 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi;

    b)Perlawanan Piala Malaysia 2015, Johor Darul Ta’zim lawan Sarawak pada 21 November 2015 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin; dan

    c)Baki tiga (3) lagi penggantungan adalah dibawa ke perlawanan rasmi pertama dan kedua yang seterusnya bagi Pegawai selepas perlawanan terakhir di atas.

  2. Didenda sebanyak RM1,500.00.

  3. Pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

J Category: 
article/latest-news