KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 30 DISEMBER 2015

2015-12-30

1.    Tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim menceroboh masuk ke dalam padang permainan selepas perlawanan Liga Super 2015 antara pasukan KL Felda United FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 22 Ogos 2015.

·         Persatuan Bolasepak Negeri Johor (Pasukan Johor Darul Ta’zim) telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.          Didenda sebanyak RM5,000.00 di atas kesalahan melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM 2015’; dan

ii.         Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

2.    Tindakan penyokong pasukan Terengganu membakar suar dan membakar mercun selepas perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Terengganu menentang pasukan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 4 November 2015.

·         Persatuan Bolasepak Terengganu telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan 'Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.          Didenda sebanyak RM12,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan

ii.          Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

3.    Tindakan penyokong pasukan Perak membakar mercun semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Perak menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak, Ipoh pada 5 November 2015.

·         Persatuan Bolasepak Perak telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan 'Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

4.    Tindakan penyokong pasukan Kedah melontar botol air minuman dan melontar suar masuk ke dalam padang permainan semasa perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan KL Felda United FC menentang pasukan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 2 Disember 2015.

·         Persatuan Bolasepak Negeri Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM15,000.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

5.    Tindakan penyokong pasukan Selangor menceroboh masuk ke dalam padang permainan selepas perlawanan Piala Malaysia 2015 antara pasukan Selangor menentang pasukan Pahang di Stadium Shah Alam pada 6 Disember 2015.

·         Persatuan Bolasepak Negeri Selangor telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.              Didenda sebanyak RM7,500.00. Kesalahan ini merupakan kesalahan berulang (Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015); dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

TEST