Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Khas Pertama FAM bagi sesi 2014-2018

Jawatankuasa Tatatertib Khas Pertama FAM dalam mesyuaratnya pada 12 Mac 2015 telah mencapai keputusan terhadap kelakuan pemain-pemain Selangor PKNS FC; Patrick Ronaldinho Wleh dan Mohd Fazli Baharuddin seperti berikut:-

1.    Patrick Ronaldinho Wleh:

·         Patrick Ronaldinho Wleh (“Pemain”)  telah didapati bersalah dan digantung daripada bermain selama enam bulan berkuatkuasa mulai 12 Mac 2015 sehingga 11 September 2015 mengikut peruntukan di bawah Artikel 51.1(b) Kod Tatatertib FAM 2015 (“Kod FAM”) berkenaan “Salahlaku Terhadap Pegawai Perlawanan” kerana berkelakuan ganas terhadap pengadil ketika perlawanan Piala FA 2015 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim II menentang Selangor PKNS FC pada 28 Februari 2015;

·         Walaubagaimanapun, Jawatankuasa telah juga memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod FAM berkenaan “Penggantungan Sebahagian Pelaksanaan Hukuman” dimana pemain dikenakan:

i.              penggantungan tiga bulan pertama dari 12 Mac 2015 hingga 11 Jun 2015; dan

ii.             penggantungan tiga bulan kedua dari 12 Jun 2015 hingga 11 September 2015 akan ditangguh terlebih dahulu dan tertakluk kepada kelakuan baik pemain.

2.    Mohd Fazli Baharuddin:

·         Mohd Fazli Baharuddin (“Pemain”) telah didapati bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan gerak laku lucah terhadap pengadil perlawanan dan dikenakan penggantungan tiga perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan automatik yang berkuatkuasa serta-merta mengikut peruntukan di bawah Artikel 59 Kod FAM berkenaan “Kelakuan yang menyinggung dan fair play” ketika perlawanan Piala FA 2015 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim II menentang Selangor PKNS FC pada 28 Februari 2015;

·         Berikut adalah tiga perlawanan tersebut:

i.              Selangor PKNS FC menentang Kedah pada 6 Mac 2015 (penggantungan automatik yang telah dijalani oleh pemain);

ii.             Johor Darul Ta’zim II menentang Selangor PKNS FC pada 13 Mac 2015; dan

iii.            Selangor PKNS FC menentang Negeri Sembilan pada 3 April 2015.

Kedua-dua pemain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Pasukan Selangor PKNS FC juga dibenarkan untuk membuat rayuan mengenai keputusan penggantungan kedua-dua pemain tersebut yang tertakluk kepada Artikel 121 Kod FAM berkenaan “Pertikaian Keputusan”.

J Category: 
article/latest-news