Keputusan Mesyuarat JKPT pada 29 April 2014 (Selasa).

1. Asean All-Star melawan Indonesia pada 11 Mei 2014 bertempat di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. Jurulatih yang akan melatih pasukan ASEAN All-Star ialah Datuk K. Rajagobal yang dilantik bagi menggantikan jurulatih dari Thailand (Piyapong Pue-On) . Sebanyak 5 pemain Malaysia telah dipilih untuk bermain bersama pasukan ASEAN ALL Stars antaranya ialah Amri Yahya, Safiq Rahim, Safee Sali, Aidil Zafuan dan Mahali Jasuli.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah meminda tarikh perlawanan di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan LIONS XII daripada 13 Mei 2014 kepada 20 Mei 2014. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Venue dan masa permainan tidak berubah

3. Bagi perlawanan Piala Presiden 2014, pihak tuan rumah boleh membuat permohonan pertukaran waktu perlawanan dari 4.45 petang kepada 8.45 malam. Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia akan melantik beberapa pegawai untuk memastikan spesifikasi stadium adalah selamat dan bersesuaian untuk digunakan pada waktu malam.

4. JKPT akan mengadakan lawatan ke venue venue pertandingan SUKMA Perlis bagi memastikan venue kepada Acara Sukan Bolasepak mengikut piawaianyang telah ditetapkan oleh FAM.

5. JKPT telah memutuskan permohonan pasukan LIONS XII untuk mendaftarkan pemain JDT ( Baihakki Khaizan) secara pinjaman tidak diluluskan. Baihakki hanya boleh didaftarkansekiranya kontrak beliau bersama pasukan JDT telah ditamatkan secara persetujuan bersama (mutual agreement termination). JKPT telah menantapkan tempoh seminggu kepada pasukan LIONS XII untuk menyelesaikan proses tersebut.

6. Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan telah memutuskan bahawa penambahan mata diberikan kepada pasukan Terengganu dengan keputusan 3-0 menentang Kelantan disebabkan pada perlawanan bertarikh 29 Mac 2014, di mana pasukan Kelantan telah menurunkan pemain (Mohd Fitrie Omar) yang digantung satu perlawanan kerana mempunyai tiga kad kuning.

7. Permohonan Kedah untuk mendaftarkan pemain asing dari Korea Selatan, Woong Namkung (yang berasal dari Kelab Gang Won FC) dan membatalkan pemain asing Aender Naves Masquita kerana pemain tersebut disahkan cedera selama 6 bulan. Pendaftaran tersebut berlaku dalam tempoh pendaftaran kedua .

 

J Category: 
article/latest-news