KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA STATUS FAM KALI PERTAMA BAGI PENGGAL 2017-2021 PADA 18 JANUARI 2018

2018-01-18

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2017-2021 pada 18 Januari 2018 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Francisco Insa Bohigues terhadap Persatuan Bolasepak Pahang (PB Pahang) berhubung pertikaian kontrak dan tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pemain telah diterima sebahagiannya. Kontrak pemain bersama PB Pahang telah ditamatkan secara sah oleh pemain. PB Pahang dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika PB Pahang gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi. Keputusan ini boleh dirayu.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh 15 pemain terhadap Kelab Sukan DBKL berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan 13 pemain telah diterima sepenuhnya dan Kelab Sukan DBKL dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Nazrin Bin Ahmad Nazim (RM14,000.00)

ii) Chairi Emmir Solehaddin Bin Abu Bakar (RM16,000)

iii) Izzat bin Abd Rahim (RM16,000)

iv) Kamarul Hesam Bin Mohd Kadri (RM14,000)

v) Mohamad Syafiq Redzuan Bin Mohd Pauzee (RM12,000)

vi) Muhammad Afham Bin Zulkipeli (RM14,000)

vii) Mohd Razif Bin Abd Rahim (RM16,000)

viii) Muhammad Fikri Bin Elhan (RM16,000)

ix) Muhammad Hadzirun Bin Che Hamid (RM14,000)

x) Muhammad Ikram Bin Ibrahim (RM14,000)

xi) Muhammad Hamzah Bin Ahmad (RM12,000)

xii) Muhamad Razren Bin Mohd Jesni (RM14,000)

xiii) Muhamad Syauki Bin Abd Wahab (RM12,000)

Jika Kelab Sukan DBKL gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Bagaimanapun tuntutan dikemuka dua lagi pengadu iaitu Mohamad Nashriq Bin Yahya dan Amin Asraf Bin Yaakob telah ditolak. Keputusan ini boleh dirayu.

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM