KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2021-2025 PADA KONGRES KE-57

2021-03-13

Sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 telah berlangsung pada Kongres Tahunan FAM Kali Ke-57 yang diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya pada Sabtu, 13 Mac 2021.

Jawatan Presiden kekal menjadi milik Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin yang menang tanpa bertanding untuk beliau terus kekal menerajui FAM bagi penggal kedua selepas dipilih sebagai Presiden FAM pada 14 Julai 2018.

Bagi dua jawatan Timbalan Presiden, ia telah diisi oleh penyandangnya, Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi dan Naib Presiden sebelum ini, Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai selepas kedua-dua mereka menang tanpa bertanding. Seorang lagi penyandang sebelum ini, Dato’ Sri Subahan Kamal tidak bertanding kali ini.

Sementara bagi pertandingan lima penjuru merebut empat jawatan Naib Presiden, ia telah menyaksikan dua penyandang sebelum ini iaitu Datuk Seri Haji Rosmadi bin Ismail dan Encik Mohd Joehari bin Mohd Ayub telah menerima undian tertinggi masing-masing dengan 36 undi dan 35 undi, diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif sebelum ini, Encik Mohd Firdaus bin Mohamed dengan 32 undi dan muka baharu, Dato’ Posa bin Haji Majais dengan 30 undi. Seorang lagi calon, Dato’ Sri Haji Afandi bin Hamzah tidak terpilih selepas hanya mendapat 27 undi.

Selain Datuk Seri Haji Rosmadi dan Encik Mohd Joehari, dua lagi penyandang jawatan sebelum ini ialah Dato’ Sivasundaram yang telah dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Dato’ Ab Ghani Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif, dua kerusi yang dikhaskan kepada wanita telah menjadi milik penyandangnya, YB Dato’ Suraya binti Yaacob dan muka baharu, Dr Siti Faidul Maisarah binti Abdullah apabila kedua-duanya menang tanpa bertanding. Seorang lagi penyandang, Cik Shafizah Umamah Abdul Mutalib tidak mempertahankan jawatan.

Baki lapan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang menampilkan seramai 17 orang calon menyaksikan ia telah dimenangi oleh Dato’ Jefferey Low Han Chau (34 undi), Encik Saaran a/l Nadarajah (31 undi), Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya (28 undi), Encik Christopher Raj Aralanthu (25 undi), Dato’ Sri Shahril bin Mokhtar (25 undi), Tuan ACP (B) Md Dali bin Wahid (25 undi), Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah (21 undi) dan Encik Syed Yazid bin Syed Omar (menang undian pusingan kedua selepas terikat 19 undi dengan Dato’ Kamarul Ariffin bin Mohd Shahar pada undian pusingan pertama).

Empat daripada mereka adalah penyandang jawatan sama bagi penggal sebelum ini iaitu Dato’ Jefferey, Datuk Mohd Hisamudin, Encik Christopher Raj dan Tuan ACP (B) Md Dali.

Seramai 40 orang perwakilan, masing-masing dua orang daripada setiap 20 ahli gabungan FAM telah mengundi pada sesi pemilihan kali ini.

 

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM BAGI PENGGAL 2021-2025

 

1. PRESIDEN

BIL

NAMA

1.

 YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin

 

2. TIMBALAN PRESIDEN

BIL

NAMA

1.

 YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi

2.

 YH Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

 

3. NAIB PRESIDEN

BIL

NAMA

1.

 YBhg. Datuk Seri Haji Rosmadi bin Ismail

2.

 Encik Mohd Joehari bin Mohd Ayub

3.

 Encik Mohd Firdaus bin Mohamed

4.

 Ybhg. Dato’ Posa bin Haji Majais

 

4. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF

BIL

NAMA

1.

 YBhg. Dato’ Jefferey Low Han Chau

2.

 Encik Saaran a/l Nadarajah

3.

 YBhg. Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya

4.

 Encik Christopher Raj Aralanthu

5.

 YBhg. Dato’ Sri Shahril bin Mokhtar

6.

 Tuan ACP (B) Md Dali bin Wahid

7.

 YBhg. Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah

8.

 Encik Syed Yazid bin Syed Omar

 

5.  AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA

BIL

NAMA

1.

 YB Dato’ Suraya binti Yaacob

2.

 Dr Siti Faidul Maisarah binti Abdullah