KL CITY, SABAH QUILMES, MBPP & PULAU PINANG DAHULUI HARI PERTAMA KELAYAKAN LIGA FUTSAL KEBANGSAAN (LFK) 2017

2016-12-21

Pasukan KL City FC dan Sabah Quilmes FC muncul pendahulu bersama Kumpulan A manakala Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Pulau Pinang mengungguli saingan Kumpulan B pada hari pertama Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, hari ini.

 KL City FC kendalian bekas pemain futsal kebangsaan, Jerry Dinesh Pireira membuka tirai saingan sebelah pagi dengan kemenangan bergaya 16-0 ke atas KL Imigresen FC diikuti Sabah Quilmes FC bimbingan Zamry Ahmad Mokhtar yang berjaya menewaskan KL Petaling Putra FC 2-1.

 Namun kedua-dua pasukan gagal meneruskan rentak kemenangan pada aksi pertama itu apabila KL City FC dan Sabah Quilmes FC terikat 5-5 pada perlawanan kedua mereka yang berlangsung sebelah petang.

 Sementara KL Petaling Putra FC pula berjaya mencipta kemenangan sulung pada aksi kedua mereka dengan menewaskan Sarawak 5-4.

 Selepas dua perlawanan, KL City FC di tangga teratas Kumpulan A berbekal kelebihan perbezaan gol biarpun terikat empat mata dengan pasukan tangga kedua, Sabah Quilmes FC diikuti KL Petaling Putra FC di tangga ketiga dengan tiga mata manakala Sarawak dan KL Imigresen FC yang baru beraksi satu perlawanan masih tanpa sebarang mata.

 Bagi saingan Kumpulan B pula, MBPP kendalian Mohamad Faizal Osman berjaya meraih enam mata maksimum pada dua perlawanan diharungi mereka pada hari pertama ini dengan menewaskan Kuantan Rangers FC 4-3 dan membelasah ATM 5-1.

 Pasukan negeri mereka, Pulau Pinang bimbingan Hasrinizam Hashim mengekori rapat di tangga kedua dengan empat mata hasil kemenangan 4-1 ke atas Kuantan Rangers FC pada perlawanan kedua, sebentar tadi (malam ini) selepas sekadar seri 0-0 dengan KSMR Kangar FC pada aksi pertama, tengah hari tadi.

 KSMR Kangar FC kendalian Bakri Baharom yang baru beraksi satu perlawanan di tangga ketiga dengan satu mata diikuti Kuantan Rangers FC bimbingan bekas pemain futsal kebangsaan, Mohammad Faizul Abdul Gaffar dan ATM bimbingan Zaiasrol Alias, kedua-duanya tanpa sebarang mata.

 Hari kedua saingan esok bakal menyaksikan empat lagi perlawanan Kumpulan A dan empat perlawanan Kumpulan B akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI:

 

KUMPULAN A

KL CITY FC 16-0 KL IMIGRESEN FC

SABAH QUILMES FC 2-1 KL PETALING PUTRA FC

KL PETALING PUTRA 5-4 SARAWAK

SABAH QUILMES FC 5-5 KL CITY FC

 

KUMPULAN B

PULAU PINANG 0-0 KSMR KANGAR FC

KUANTAN RANGERS FC 3-4 MBPP

MBPP 5-1 ATM

PULAU PINANG 4-1 KUANTAN RANGERS FC

 

KEDUDUKAN SELEPAS PERLAWANAN HARI PERTAMA:

 

KUMPULAN A

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

KL CITY FC

2

1

1

0

21

5

4

2.

SABAH QUILMES FC

2

1

1

0

7

6

4

3.

KL PETALING PUTRA FC

2

1

0

1

6

6

3

4.

SARAWAK

1

0

0

1

4

5

0

5.

KL IMIGRESEN FC

1

0

0

1

0

16

0

 

KUMPULAN B

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

MBPP

2

2

0

0

9

4

6

2.

PULAU PINANG

2

1

1

0

4

1

4

3.

KSMR KANGAR FC

1

0

1

0

0

0

1

4.

KUANTAN RANGERS FC

2

0

0

2

4

8

0

5.

ATM

1

0

0

1

1

5

0

 

* Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke perlawanan Play-Off 1 (Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B) dan Play-Off 2 (Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A) dengan pemenang perlawanan Play-Off 1 & 2 itu akan layak ke LFK 2017