KL Felda United perkukuh cengakaman LFK

Bahang untuk merebut takhta Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 semakin dirasai setelah berlangsungnya Sirkit Ketujuh di KSL Gombak pada hari minggu lepas.

Pendahulu liga dan juara bertahan, KL Felda United tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan dengan merakamkan dua kemenangan berturut 4-0 ke atas pasukan Sabah dan 5-3 ke atas pasukan Selangor.

Seteru utama KL Felda United, pasukan T-Team merekodkan kemenangan 7-3 ke atas pasukan Selangor sebelum tunduk secara mengejut kepada pasukan Selangor MPSJ.

Pasukan Kedah pula mencatat rekod jaringan terpantas LFK setelah Muhammad Hasbi mengambil masa 55 saat sahaja untuk meletakkan skuad Helang Merah di hadapan menentang pasukan Perak.

Hari Perlawanan Ketujuh belas

Lelaki

KL Felda United 4-0 Sabah

Sabah Quilmes 2-6 Kuala Lumpur MK

Pahang 3-0 KL Petaling Putra

Kedah 4-4 Perak

T-Team 7-3 Selangor

Selangor MPSJ 3-0 Melaka

Hari Perlawanan Kelapan belas

Lelaki

Perak 5-4 KL Petaling Putra

Sabah Quilmes 3-4 Pahang

Kedah 3-2 Sabah

Selangor 3-5 KL Felda United

T-Team 3-5 Selangor MPSJ

Kuala Lumpur MK 2-2 Melaka

Kredit Foto: Arena Seladang

J Category: 
article/futsal