KL Felda United terus ungguli carta LFK 2015

Pasukan KL Felda United terus menguatkan cengkaman selaku pendahulu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda 2015 dalam kategori lelaki dan wanita dengan aksi cemerlang di minggu ketiga.

Juara bertahan LFK kategori lelaki, KL Felda United bangkit dari keputusan seri 1-1 dengan pasukan Selangor MPSJ untuk membenam pasukan Pahang 6-1.

Dalam kategori wanita, KL Felda United mencatat kemenangan besar ke atas juara bertahan, Selangor MPSJ 5-1 dan menumpaskan Sarawak DBKU 9-4 untuk terus mendominasi carta liga dengan rekod kemenangan 100%. 

Penutup LFK menyaksikan perlawanan sengit di antara pasukan Perak dan pasukan T-Team ynag berpihak kepada pasukan dari Pantai Timur itu 4-6.

Hari Perlawanan Kelima

Lelaki

Perempuan

Kedah 4-3 KL Petaling Putra

Kedah 2-1 Kuala Lumpur

Pahang 4-4 Melaka

Selangor 3-1 Perak

Selangor MPSJ 1-1 KL Felda United

KL Felda United 5-1 Selangor MPSJ

Sabah Quilmes 5-7 Perak

 

Hari Perlawanan Keenam

Lelaki

Perempuan

T-Team 5-4 Kuala Lumpur MK

PDRM 8-5 Sarawak DBKU

Selangor 4-0 Sabah

Sabah 8-0 ATM

KL Petaling Putra 7-6 Sabah Quilmes

Perak 0-0 Kedah

Melaka 1-2 Kedah

Selangor MPSJ 1-2 Selangor

Hari Perlawanan Ketujuh

Lelaki

Perempuan

Sabah 4-3 Selangor MPSJ

Sarawak DBKU 4-9 KL Felda United

Kuala Lumpur MK 4-5 Selangor

Kuala Lumpur 1-3 Sabah

Perak 4-6 T-Team

ATM 2-3 PDRM

KL Felda United 6-1 Pahang

 

 

J Category: 
article/futsal