KONGRES TAHUNAN FAM KALI KE-56 PADA 29 OGOS 2020

2020-08-29

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali Ke-56 telah berlangsung di Hilton Petaling Jaya, hari ini dengan dihadiri barisan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bersama-sama 39 orang perwakilan dari 20 ahli gabungannya.

Ia telah dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Kongres telah meluluskan beberapa pindaan pada Statut FAM selain turut bersetuju untuk melantik Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM bagi tempoh perkhidmatan dari 2020 hingga 2025 bersama tiga orang ahli jawatankuasanya - Dato' Hj Abdul Jalil Abdullah, Tuan Haji Salleh Ramli dan Fong Wan Hor.

Sejurus selepas kongres ditangguhkan oleh Datuk Haji Hamidin, ia diteruskan dengan majlis menandatangani perjanjian lanjutan usahasama di antara FAM dan Malaysia Airlines bagi tempoh tiga tahun lagi iaitu 2021 hingga 2023.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut di antara Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines Berhad, Lau Yin May telah disaksikan oleh Datuk Haji Hamidin dan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad.

 

* Baca & muat turun teks ucapan penuh Datuk Haji Hamidin di https://fam.org.my/downloads/56th-fam-congress-speech-by-datuk-haji-hamidin