Kuwait 3-0 Malaysia : Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Skuad Harimau Malaya tewas kepada Kuwait 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' di Stadium Al-Sadaqua Walsalam,Kuwait pada 8 November 2013.

Tiga gol skuad 'Al-Azraq' (The Blue) kendalian jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira dijaringkan oleh Al Rashidi Ahmad pada minit keenam, Saif Al Hashan (34') dan Khaled Ajab pada minit ke-53.

Perlawanan berkenaan merupakan persediaan skuad negara menghadapi Bahrain pada aksi keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, 15 Nov ini.

Skuad negara akan kembali semula ke tanah air untuk melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kelayakan di Stadium Shah Alam, pada 19 November 2013.

J Category: 
uncategorised7