'LAMPU HIJAU' FAM HANYA UNTUK PEMAIN BERDARAH CAMPURAN, BUKAN PEMAIN NATURALISASI

2017-06-11

1. Perbezaan antara pemain berdarah campuran dan pemain naturalisasi. Pemain berdarah campuran adalah pemain yang sama ada dilahirkan di negara Malaysia, di mana ibu bapa kandung mereka dilahirkan di negara Malaysia atau datuk atau nenek kandung mereka dilahirkan di negara Malaysia. Mereka ini mempunyai hubungan susur galur di Malaysia. 

Pemain naturalisasi merupakan pemain yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui tempoh masa mereka berada di Malaysia atau mana-mana kriteria lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Mereka ini tidak mempunyai sebarang hubungan susur galur di Malaysia.

2. Kita tidak boleh leka dengan keghairahan kita untuk meningkatkan mutu bola sepak di negara ini dengan memilih pemain naturalisasi yang tiada hubungan susur galur dengan negara kita kerana ini akan mengehadkan peluang di dalam sistem bola sepak untuk pemain muda yang sedang dibangunkan serta telah mensabotaj semua perancangan pembangunan masa hadapan yang telah dirangka disebabkan kerana kekurangan peluang di bahagian atas piramid oleh kerana kemasukan pemain naturalisasi yang berlebihan. Pemain berdarah campuran adalah berbeza dimana mereka mempunyai hak kelahiran mereka untuk bermain demi negara. Tambahan pula, berapa ramaikah pemain-pemain berdarah campuran yang boleh dicari sekiranya pintu kemasukan dibuka untuk pemain naturalisasi. Pasaran bola sepak tidak boleh ditakluki oleh pemain berdarah campuran. Tetapi ianya boleh ditakluki oleh pemain naturalisasi kerana sesiapa sahaja boleh dinaturalisasikan.

3. Pihak yang menguruskan bola sepak telah lama meneliti pemain-pemain dari konfederasi berbeza yang telah didaftarkan dalam Liga Asia tempatan sebagai pemain Asia oleh kerana pasport Asia yang telah diperoleh oleh pemain ini. Ini merupakan masalah yang sebenarnya dihadapi di seluruh Asia dan Malaysia yang tidak sepatutnya ditambah di dalam dilema ini. Kita tidak perlu menjadi terlalu naif untuk berfikir bahawa pemain dari benua lain yang memohon pasport Malaysia hanya berminat untuk bermain untuk Malaysia sahaja. Tidak mustahil pemain-pemain ini akan menggunakan pasport Malaysia mereka sebagai pemain Asia untuk bermain di liga lain yang mana mereka mungkin sepatutnya tidak layak.

4. Fakta tidak berkaitan bola sepak. Pasport Malaysia adalah sangat berharga kerana pemilik diberikan visa sewaktu tiba atau visa akses percuma ke negara-negara seperti United Kingdom, Jepun dan sebagainya. Oleh itu, pemain yang menggunakan medium bola sepak untuk mendapatkan pasport Malaysia mungkin mempunyai niat yang berbeza berhubung dengan sekatan perjalanan yang mungkin wujud pada pasport asal mereka.

Kami berharap pihak FMLLP akan bersependapat dengan pandangan FAM mengenai isu agenda negara.

-----------

FAM'S GREEN LIGHT ARE ONLY FOR THE HERITAGE PLAYERS, NOT FOR THE NATURALISED PLAYERS
 
1. Difference between heritage players and naturalised players. Heritage players are either players who were born on the territory of Malaysia, whose biological parents were born on the territory of Malaysia or whose biological grandparents were born on the territory of Malaysia. These players have a heritage connection to Malaysia.

Naturalised players are players who have obtained citizenship via length of stay in Malaysia or any other criteria as enforced by the government. These players do not have a natural heritage connection to Malaysia.

2. We must not be short sighted in our enthusiasm to raise the standard of football in our country by choosing to naturalise players who have no natural heritage to our country because this will limit the opportunities within our football system for young players who are being developed as well as sabotaging all future development plans that are in the pipeline due to lack of opportunities at the top of the pyramid caused by an influx of naturalised players. Heritage players are different as they have a birthright to play for the country. Plus how many players of heritage can one find as compared to if the floodgates were opened to naturalization. The market cannot be overrun by heritage players. But they can be by naturalized players based on the fact that anyone can be naturalized. 

3. Football authorities have long been looking into players from different confederations being registered in local Asian leagues as Asian players due to Asian passports that these players have acquired. This is a real problem throughout Asia and Malaysia should not add to this dilemma. We must not be naïve to think that players from different continents applying for Malaysian passports are in the best interest of Malaysia only. It is very possible that these players will use their Malaysian passports to play as Asian players in other league for which they might otherwise not qualify.

4. Non-football fact. Our Malaysian passport is very valuable as we are granted visa on arrival or visa free access to many countries like the United Kingdom, Japan and such. So players using football to seek Malaysian passports may have different intentions with regards to the travel restrictions that may exist on their original passports.