Latihan Pusat di Johor persediaan AFF 2014

Pasukan kebangsaan telah bertolak ke Johor pada pagi ini (3 Nov 2014) untuk menjalani latihan selama seminggu disana. Seramai 15 pemain telah bertolak pada pagi ini dan mereka akan disertai oleh pemain Johor disana pada hari ini dan pemain daripada Pahang (esok, 4 Nov 2014).

Latihan akan dijalankan di Kluang (padang tiruan), padang Sri Gelam dan Larkin . Latihan ini adalah untuk persediaan awal bagi perlawanan Piala Suzuki AFF 2014.

Nama-nama pemain yang bertolak ke Johor pada pagi ini:

1.Mohd Shukor Adan
2. Indra Putra
3.Khairul Fahmi 
4.Badhri Radzi
5.S Kunalan
6.Gary Steven Robbat
7.Muslim Ahmad
8.Manaf Mamat
9.Farizal Marlias 
10.Azmi Muslim
11.Baddrol Bakhtiar
12.Farhan Ruslan
13.Zubir Azmi
14.Wan Zarul Nizam
15.Afif Amirudin

J Category: 
uncategorised7