Lawatan Pasukan Bolasepak Eton College

ETON COLLEGE
TOUR OF MALAYSIA 2011

Pasukan bolasepak Eton College, sebuah kolej berprestij di England, akan mengadakan lawatan selama 14 hari ke Malaysia mulai 22 Ogos 2011.

Sepanjang lawatan tersebut, pasukan bolasepak Eton yang muncul naib johan Kejohanan Boodles-ISFA (Independent Schools Football Association) bagi musim 2010-2011, akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang Pasukan-Pasukan Remaja Kebangsaan dan Pahang.

Antara pemain yang membarisi pasukan Eton ialah Yang Amat Mulia Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahad Mu’adzam ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

J Category: 
article/latest-news