LFK 2017: FELDA UNITED LELAKI DAN WANITA BERMULA GARANG

2017-02-11 

  Pasukan Felda United lelaki dan wanita memulakan kempen Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 dengan langkah kanan apabila mengungguli carta bagi kategori masing-masing pada saingan hari pertama di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

  Skuad wanita Felda kendalian Rozmin Musa membuka tirai saingan sebelah pagi dengan kemenangan bergaya 14-0 ke atas ATM untuk berada di tangga teratas dengan tiga mata penuh mengatasi Perak yang menumpaskan KL Ally Group 7-3 di atas perbezaan gol. Sementara itu, Sarawak serta PDRM terpaksa berpuas hati berkongsi kedudukan setelah terikat 3-3.

 The Fighters meneruskan rentak cemerlang setelah pasukan lelaki bimbingan Addie Azwan Zainal mudah menewaskan pasukan baharu, KL TPD FC 10-2 untuk mendahului tangga teratas di atas kelebihan perbezaan gol biarpun terikat tiga mata dengan Pahang, KL Petaling Putra FC dan Melaka.

 Jurulatih skuad lelaki Felda United, Addie Azwan Zainal berkata, pemain-pemainnya telah mempamerkan aksi yang diharapkan untuk meraih kemenangan.

 "Alhamdulillah saya bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang kita telah rancang pada perlawanan hari ini. Para pemain telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan telah menunjukkan kesungguhan untuk menang," katanya selepas Felda menguasai perlawanan tanpa sebarang masalah.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI

 

KATEGORI LELAKI

KL PETALING PUTRA FC 5-2 T-TEAM

MELAKA 5-2 MBPP

FELDA UNITED 10-2 KL TPD FC

PERAK 2-9 PAHANG                              

 

KATEGORI WANITA

ATM 0-14 FELDA UNITED

SARAWAK 3-3 PDRM

PERAK 7-3 KL ALLY GROUP

 

KEDUDUKAN SELEPAS PERLAWANAN HARI PERTAMA:

 

KATEGORI LELAKI

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

FELDA UNITED

1

1

0

0

10

2

3

2.

PAHANG

1

1

0

0

9

2

3

3.

KL PETALING PUTRA FC

1

1

0

0

5

2

3

4.

MELAKA

1

1

0

0

5

2

3

5.

T-TEAM

1

0

0

1

2

5

0

6.

MBPP

1

0

0

1

2

5

0

7.

PERAK

1

0

0

1

2

9

0

8.

KL TPD FC

1

0

0

1

2

10

0

9.

KL CITY FC

0

0

0

0

0

0

0

 

KATEGORI WANITA

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Mt

1.

FELDA UNITED

1

1

0

0

14

0

3

2.

PERAK

1

1

0

0

7

3

3

3.

PDRM

1

0

1

0

3

3

1

4.

SARAWAK

1

0

1

0

3

3

1

5.

KL ALLY GROUP

1

0

0

1

3

7

0

6.

ATM

1

0

0

1

0

14

0

 

*Langgan saluran rasmi youtube FAM bagi mengikuti sedutan hari pertama LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA