LFK 2017: MELAKA TERUS UNGGULI CARTA LELAKI, PERAK RAPAT JURANG DENGAN FELDA

 Pasukan Melaka kendalian Mohamad I’sah Abdul Rahim terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 kategori lelaki setelah membelasah pencabar di tangga ketiga, Pahang 6-1 pada aksi Sirkit 5 di Stadium SUKPA, Kuantan hari ini.

 Kemenangan itu menyaksikan Melaka selesa di tangga teratas dengan 24 mata penuh mengatasi Felda United di tangga kedua yang turut meraih kemenangan mengumpul 18 mata selepas berakhirnya pusingan pertama LFK.

“Pemain-pemain mempamerkan permainan yang cukup berdisplin dan mengikut perancangan yang telah kita atur iaitu menggunakan taktik serangan balas dan memanfaatkan peluang yang ada.

“Alhamdulillah dengan kerjasama semua pemain kita meraih kemenangan ini, saya berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini. Namun, kita tidak mahu hanyut dibuai kemenangan ini kerana perjalanan liga masih jauh. Kita akan mengamalkan pendekatan yang sama; sentiasa menghormati pasukan lawan dan tidak memandang mudah mana-mana perlawanan,” jelas I’sah kepada www.fam.org.my, petang tadi.

 Juara bertahan, Felda United bimbingan Addie Azwan Zainal berjaya melakar kemenangan berharga ke atas pasukan tangga keempat, Perak 2-1 dengan menjaringkan gol pada penghujung permainan untuk naik ke tangga kedua.

 Sementara itu, KL City FC kekal di tangga kelima setelah menang 7-3 menentang MBPP tatkala pasukan tangga keenam, Kuala Lumpur TPD pula bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk melakar kemenangan 5-1 ke atas KL Petaling Putra.

 Bagi saingan kategori wanita, pendahulu, Felda United kendalian Rozmin Musa sekadar seri 1-1 dengan pasukan di tangga ketiga, KL Ally Group yang bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan.

 Keputusan itu menyaksikan The Fighters terus dihimpit Perak bimbingan Haffiz Shafiee di tangga kedua yang merapatkan jurang kepada 1 mata setelah mencatat kemenangan selesa ke atas Sarawak 5-0.

 Pada satu lagi perlawanan, pasukan di tangga kelima, PDRM meraih kemenangan sulung selepas menumpaskan ATM 3-0.

 Sirkit 5 akan bersambung lagi esok dengan empat perlawanan kategori lelaki dan tiga perlawanan kategori wanita bakal berlangsung.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA SIRKIT 5

 

LELAKI

 

KL CITY FC 7

Mohamad Fadilah Rajkafor 6’

Hazizi Mansor 11’ 37’

Yakish Rao Kannanyadu 22’

Kisheen Ananthan 27’ 30’

Mohamad Farid Lokman 33’

MBPP 3

Muhammad Haziq Mohd Yusoff 7’

Samsul Abd Latiff 23’

Mohd Hidzir Mohd Hanifa 33’

 

 

KL PETALING PUTRA 1

Azrin Hezry Zainol 2’

KUALA LUMPUR TPD 5

Dzulakmal Ariffin Md Ruzi 17’

Muhammad Aliff Roslan 28’ 38’

Muhamad Arif Johari 33’

Muhammad Syazwie Mohd Shafee 39’

 

MELAKA 6

Jamaludin Alias 8’

Ali Imran Hassan 15’

Firdaus Ambiah 17’ 35’

Yazid Kamaruzuan 24’

Abu Hanifah Hasan 38’

PAHANG 1

Akmarulnizam Mohd Idris 38’

 

FELDA UNITED 2

PERAK 1

 

WANITA 

 

PDRM 3

Noor Asyikin Mohd Noor 3’ 7’ 16’

ATM 0

 

FELDA UNITED 1

Farah Najihah Abdul Aziz 3’

KL ALLY GROUP 1

Steffi Sarge Kaur 28’

 

SARAWAK 0

PERAK 5

Nur Madihah Madzari 11’

Intan Sarah Anisah Zulgafli 17’

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 23’

Nur Fadilah Shaik Shaharuddin 25’

Nurul Akmar Zainal Abidin 37’

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA