Liga Malaysia 2014 semakin rancak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa setiap pasukan dalam persaingan Liga Malaysia 2014 akan dibenarkan tiga import berbanding dua pemain musim sebelum baru lalu.

Satu daripada tiga import itu ada pemain dari benua Asia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Dato’ Sri  Afandi Hamzah berkata, tarikh tutup untuk pendaftaran pemain import bagi semua pasukan adalah 4 Disember ini.

“Manakala pendaftaran kedua pula boleh dilakukan dari 23 Mac hingga 22 April depan.

"Kita beri tempoh yang panjang untuk pasaran perpindahan kedua pemain import disebabkan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” kata beliau.

Pendaftaran kedua pemain tempatan juga mengikut tarikh yang sama dan dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah, begitu juga untuk pendaftaran pemain import pertama (awal musim) kerana rata-rata pasukan sudah mempunyai calon pemain import untuk beraksi pada Januari depan.

"Bagi pasukan yang beraksi di Piala AFC pula mereka boleh menggunakan empat pemain import dengan seorang darinya adalah dari benua Asia. Ini adalah pendekatan yang kita ambil selepas dilihat dari semua sudut dan aspek.

"Sebanyak 12 pasukan akan beraksi di Liga Super manakala Liga Perdana pula 13 pasukan dengan kehadiran pasukan Harimau Muda B yang musim ini beraksi di Liga Singapura, sementara Harimau Muda A pula akan kembali beraksi di liga tersebut, format penyingkiran dan dinaikkan ke liga pula kekal sama,'' kata beliau.

Undian bagi Liga Malaysia pada 23 November ini, serentak dengan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

Perlawanan Sumbangsih pada 17 Januari menemukan juara Liga Super 2013 Lions XII menentang juara Piala Malaysia 2013, Pahang di Stadium Shah Alam, sementara perlawanan lain Liga Super bermula 18 Januari.

J Category: 
article/latest-news