Liga Premier: Kedah rampas takhta daripada T-Team

Kedah berjaya menewaskan pendahulu Liga Premier, T-Team 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi untuk merampas tangga teratas liga daripada kelab dari Terengganu itu.
 
 PKNS FC turut melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat liga selepas berjaya menewaskan pasukan tangga ketiga, Pulau Pinang 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
 
 Sabah turun ke tangga kelima selepas tewas 3-2 kepada UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
 
 Selepas 15 perlawanan, Kedah kini di tangga teratas liga dengan 34 mata diikuti T-Team 33 mata, Pulau Pinang 29 mata, PKNS FC 26 mata dan Sabah 26 mata.
 
 Johor Darul Ta'zim II mengekori di tangga keenam dengan 24 mata selepas berjaya menewaskan pasukan kedua tercorot, Kuantan FA 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 
 Negeri Sembilan pula kekal di tangga ketujuh selepas sekadar seri 1-1 dengan pasukan tercorot liga, KL SPA Putrajaya FC.
 
 Satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur bertemu DRB HICOM FC akan berlangsung di Stadium Majlis Perbadaran Selayang, Jumaat ini (10 Julai) berikutan tuan rumah menghadapi masalah venue.
 
 Saingan Liga Premier akan berehat untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perlawanan ke-16 liga akan berlangsung pada 31 Julai ini.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
T-TEAM 0
KEDAH 2
Sandro Da Silva m-47,
Farhan Roslan m-61
 
PKNS FC 3
Patrick Ronaldinho Wleh m-47 & m-52,
Gabriel Guerra m-76
PULAU PINANG 2
Elias Sulaiman m-45+1 & 90+2
 
SABAH 2
El Hadji Diouf m-57,
Eamon Zayed m-90
UiTM FC 3
Abdi Kassim Sadallah m-13,
Julien Mbom m-55,
Md Shafiq Md Mothar m-68
 
KUANTAN FA 0
JOHOR DARUL TA'ZIM II 1
Shahril Ishak m-67
 
NEGERI SEMBILAN 1
Francis Forkey Doe m-40
KL SPA PUTRAJAYA FC 1
Raja Mohd Hafillah Raja Mamat m-73
J Category: 
uncategorised6