LIONS XII, KEDAH, FELDA UNITED & PKNS FC KE SUKU AKHIR

2015-11-06

Empat pasukan - Lions XII, Kedah, Felda United dan PKNS FC meneruskan kemaraan ke suku akhir TM Piala Malaysia 2015 selepas perlawanan terakhir kumpulan masing-masing, Rabu lalu.

   Mereka mengiringi Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juara bertahan, Pahang yang sudah pun mengesahkan tempat ke suku akhir pada perlawanan terdahulu.
 
   Lions XII muncul juara Kumpulan A selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu manakala Kedah menjadi naib juara kumpulan selepas menewaskan JDT II 4-2 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
 
   Felda United pula layak selaku naib juara Kumpulan C selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mengiringi juara 32 kali itu ke suku akhir manakala Kelantan tersingkir biarpun berjaya menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
 
   PKNS FC turut mengesahkan slot ke suku akhir apabila muncul juara Kumpulan D selepas menewaskan PDRM 3-0 di Stadium Shah Alam selepas Pahang yang sudah pun layak sekadar seri 0-0 dengan Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
 

   Bagi saingan Kumpulan B, ATM masih menghidupkan peluang ke suku akhir selepas mengikat Sarawak 2-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
 
   Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan B yang berlangsung malam tadi, JDT yang baru muncul juara Piala AFC 2015 berjaya mengekalkan rekod seratus peratus kemenangan selepas lima perlawanan apabila menewaskan Perak 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.
 
   Perlawanan terakhir Kumpulan B akan berlangsung pada 21 November ini sebelum aksi suku akhir pertama pada 24 November disusuli aksi suku akhir kedua pada 28 November.
 
   Bagi peringkat suku akhir, Pahang akan bertemu Lions XII, Felda United bertemu JDT, Sarawak atau ATM bertemu Selangor dan Kedah bertemu PKNS FC, dengan naib juara kumpulan akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama.
 
 
KEPUTUSAN:

Kumpulan A
 
JDT II 2
Nicolas Delmonte m-25,
Akmal Ishak m-27
KEDAH 4
Chidi Edeh m-17,
Syazwan Zainon m-62,
Syafiq Ahmad m-69,
Liridon Krasniqi m-76
 
TERENGGANU 1
Diyaulrahman Hasry m-15
LIONS XII 2
Sufian Anuar m-16,
Christopher van Huizen m-90
 
Kumpulan B
 
ATM 2
Abdulafees Salam m-34,
Jerry Palacios (p) m-61
SARAWAK 2
Patrick Nyema Gerhardt m-15,
Ryan Griffiths m-56
 
PERAK 1
Charles Souza Chad m-29
JDT 2
Amri Yahyah m-37,
Safee Sali m-45+3
 
Kumpulan C
 
FELDA UNITED 3
Thiago Augusto m-49 & m-51,
Robert Cornthwaite (gs) m-65
SELANGOR 2
Shazlan Alias m-31,
Guilherme De Paula (p) m-89
 
KELANTAN 3
Austin Amutu m-35 & m-56,
Gilmar Da Silva m-40
T-TEAM 1
Tomislav Busic m-64
 
Kumpulan D
 
PAHANG 0
PULAU PINANG 0
 
PKNS FC 3
Gabriel Guerra m-9,
Patrick Ronaldinho Wleh m-23,
Fazli Baharudin m-87
PDRM 0
 

J Category: 
uncategorised6