MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 'EAT RIGHT TO PLAY RIGHT'

2015-12-08

Majlis pelancaran program 'Eat Right to Play Right' anjuran Zurich Insurance Malaysia Berhad (ZIMB) dengan kerjasama One Goal Malaysia telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.
 
 Program komuniti selama empat tahun ini menjadikan bola sepak sebagai landasan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan nutrisi dalam pemakanan selain menanam sikap disiplin diri dan semangat kesukanan.
 
 Menerusi usahasama ini, ZIMB akan menyumbang sebanyak RM1 juta setahun sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
 
 Di bawah program ini, siri klinik bola sepak dan aktiviti lain berasaskan komuniti akan dijalankan dengan penyertaan daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara lima hingga 12 tahun dengan sasaran ia akan diadakan di 10 buah negeri antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Sabah, Perak, Kedah, Johor dan Sarawak.
 
 Antara aktiviti dirancang termasuk modul pemakanan seperti program pemakanan bersepadu, penyediaan snek sihat, pemeriksaan kesihatan, bengkel pemakanan ibu bapa, inisiatif hari membawa kawan dan sokong kantin sekolah serta model bola sepak seperti latihan jurulatih komuniti, modul latihan, pertandingan bola sepak dan sesi 'coaches unite'.

 

 

Program ini disokong dan diselaraskan bersama-sama pasukan daripada World Vision Malaysia dan sumbangan kepakaran teknikal bola sepak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

  Hadir pada majlis pelancaran itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif ZIMB, Philip Smith; jurucakap One Goal Malaysia, Terry Leong dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Lazarus Jansen Xavier serta Duta One Goal, Deborah Henry dan K Reuben.

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai program 'Eat Right to Play Right', sila layari www.zurich.com.my atau laman Facebook ZIMB di www.facebook.com/ZurichInsuranceMalaysia.

 

 

 

J Category: 
article/latest-news