2017-03-29
Skuad Harimau Malaysia B-22 menamatkan saingan Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di tangga kelima selepas tumpas 0-4 kepada Jordan pada aksi terakhir di Stadium Police Officers Club, Dubai, malam tadi.
Jordan bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-2 permainan menerusi Khalid Waleed sebelum Ahmed Fawzi Alreyahi menggandakan jaringan 10 minit sebelum tamat babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, pasukan ‘Al-Nashama’ itu menambah dua lagi gol melalui jaringan Suleiman Ali (minit ke-75) dan Wessam Abu Daubze (minit ke-81).
Sementara itu, dua perlawanan lain menyaksikan Thailand dinobat juara selepas menewaskan Singapura 2-0 manakala China muncul naib juara selepas menang tipis 1-0 ke atas UAE.
Sebagai rekod, Malaysia raih 1 mata pada aksi sulung menentang China (20 Mac), tewas 0-4 kepada Thailand (23 Mac), sebelum bangkit menang selesa 3-1 ke atas Singapura (26 Mac).
KEDUDUKAN AKHIR PASUKAN SELEPAS 4 PERLAWANAN
|
PASUKAN |
P |
M |
S |
K |
G |
B |
MT |
1. |
THAILAND |
4 |
3 |
0 |
1 |
9 |
3 |
9 |
2. |
CHINA |
4 |
2 |
2 |
0 |
4 |
3 |
8 |
3. |
JORDAN |
4 |
2 |
1 |
1 |
6 |
1 |
7 |
4. |
UAE |
4 |
2 |
0 |
2 |
6 |
3 |
6 |
5. |
MALAYSIA |
4 |
1 |
1 |
2 |
4 |
6 |
4 |
6. |
SINGAPURA |
4 |
0 |
0 |
4 |
1 |
11 |
0 |