MALAYSIA B-15 NAIB JUARA KEJOHANAN DREAM COME TRUE 2016

2016-05-05

Skuad B-15 negara kendalian Dato' Richard Scully muncul naib juara kejohanan jemputan Dream Come True 2016 di Beihai, China selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir, pagi tadi.

 Selepas perlawanan berkesudahan seri 2-2, skuad B-15 negara tewas 15-14 pada penentuan sepakan penalti tersebut.

 Terdahulu, skuad B-15 negara tampil cemerlang menjuarai saingan Kumpulan B selepas menang kesemua lima perlawanan untuk mengumpul 15 mata maksimum, sekali gus menempah pertembungan final dengan juara Kumpulan A, Korea Selatan.

 

Sabtu, 30 April 2016

MALAYSIA B-15 19-1 GUANGZHOU ZHI LI

 

Ahad, 1 Mei 2016

MALAYSIA B-15 3-0 FO SHAN CITY

 

Isnin, 2 Mei 2016

MALAYSIA B-15 13-0 BEI HAI GUI GANG B

 

Selasa, 3 Mei 2016

MALAYSIA B-15 14-0 BEI HAI DIJIAO

 

Rabu, 4 Mei 2016

MALAYSIA B-15 13-0 RUSSIA B-15

 

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-15, DATO' RICHARD SCULLY

"Walaupun kita tewas penentuan sepakan penalti pada aksi final pagi tadi, saya percaya pasukan ini telah menunjukkan satu prestasi yang cukup matang. Ini hasil daripada pendedahan awal kita di Bangkok sebelum kita bertanding di kejohanan ini yang bolehlah dikatakan begitu kompetitif.

 "Secara keseluruhan, keputusan kita di peringkat kumpulan cukup memberangsangkan apabila menang kesemua lima perlawanan. Pemain baharu seperti Ahmad Irfan Mohd Noor, Che Izuan Che Muhamad dan Aiman Afif Afizul telah menunjukkan satu penyesuaian dan kematangan baik sepanjang kejohanan ini.

 "Saya juga percaya yang kita dapat menutup jurang dengan pasukan Korea Selatan apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2 sebelum tewas sepakan penalti selain dapat menguji kekuatan pembangunan pasukan-pasukan dari China dan juga Russia yang mana kita berjaya mengatasi kelebihan menerusi kemantapan dari segi teknikal dan taktikal.

 "Bagi saya, pendedahan seperti ini perlu diperbanyakkan lagi untuk pasukan ini bagi membolehkan para pemain menimba pengalaman yang lebih di peringkat antarabangsa.

 "Terima kasih kepada FAM kerana masih memberi kepercayaan kepada pasukan ini untuk terus menyertai perlawanan di negara-negara Asia terutamanya bagi mendapatkan pendedahan. Usaha ini perlu diteruskan."

 

SENARAI PEMAIN MALAYSIA B-15

1. Nor Hakeem Hamidun

2. Muhammad Aikmal Roslan

3. Muhammad Irfan Faiz Mohd Shaharudin

4. Muhammad Syahkhir Muhamad Razali

5. T Saravanan

6. Muhammad Izzat Zikri Iziruddin

7. Mohd Nasip Mohammad Zain

8. Muhammad Aidil Azuan

9. Aznil Asyraaf Azhar

10. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

11. Mohamad Kussaini Adli Mohd Yusof

12. Muhammad Aiman Syakhir Mohd Zulkifli

13. Muhamad Adam Fahimi Mohamad Bashir

14. Ahmad Irfan Mohd Noor

15. Muhammad Riezman Irfan Mustafah

16. Che Muhammad Izuan Che Muhamad

17. Ilyas Borhan

18. Mohd Aiman Afif Md Afizul