MALAYSIA GAGAL KE PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN B-19 AFC

Malaysia mengakhiri kempen Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 dengan membelasah Macau 4-1 pada aksi ketiga Kumpulan I di Stadium Pusat Sukan Huai’an, China sebentar tadi.

Penyerang berbisa dan juga kapten pasukan, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak hatrik pada minit ke-3, 69 dan 82. Gol hasil jaringan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-63 melengkapkan kemenangan besar Malaysia.

Kemenangan itu walaubagaimanapun tidak cukup untuk membantu skuad B-19 negara kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras itu melayakkan diri ke melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC setelah menduduki tempat ketiga di belakang pendahulu kumpulan, China.

Terdahulu pada dua perlawanan sebelum ini, Malaysia tumpas 6-0 kepada tuan rumah, China dan tewas tipis 1-0 kepada Korea Utara.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Ucapan tahniah kepada pasukan di atas kemenangan pada hari ini. Mereka tidak menunjukkan sikap putus asa bagi meneruskan perlawanan walaupun pasukan tidak layak lagi ke peringkat seterusnya.

“Dengan kegagalan pasukan dalam pusingan kelayakan pada kali ini, saya berharap ianya akan menjadi satu pengalaman dan pengajaran yang berguna pada semua pemain bagi meneruskan karier mereka dalam bolasepak ini pada masa akan datang.”

REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-19 DI KELAYAKAN KEJUARAAN B-19 AFC 2016

Tarikh

Perlawanan

2 Oktober 2015

China 6-0 Malaysia

4 Oktober 2015

Malaysia 0-1 Korea Utara

6 Oktober 2015

Malaysia 4-1 Macau

 

 

P

M

S

K

G

B

MT

China

2

2

0

0

13

0

6

Korea Utara

2

2

0

0

7

0

6

Malaysia

3

1

0

2

4

8

3

Macau

3

0

0

3

1

17

0

 

 

SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

3

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

1

 

J Category: 
uncategorised8