Malaysia Juarai Pestabola Merdeka edisi ke-41

Kuantan, 14 September 2013: Malaysia berjaya menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka kali ke-41 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan berjaya menewaskan Myanmar 2-0 menerusi penyerang negara, Rozaimi Abd Rahman pada minit ke 28 dan jaringan Putera Nadher pada lewat permainan iaitu masa kecederaan di separuh masa kedua.

Skuad kendalian Ong Kim Swee membawa pulang hadiah wang tunai USD 50,000 beserta piala dan medal manakala Myanmar menerima USD 30,000 beserta medal. Singapura menduduki tempat ketiga membawa pulang USD 20,000 beserta medal dan Thailand di tempat keempat dengan USD 10,000

Tiga jaringan gol oleh Rozaimi Abd Rahman sepanjang kejohanan telah menobatkan beliau sebagai Penjaring Terbanyak dan aksi memukau dan kelincahan oleh pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal telah berjaya membawa pulang gelaran Pemain Terbaik.

J Category: 
uncategorised8