MALAYSIA LAYAK KE SUKU AKHIR KEJOHANAN ASEAN DREAM B-14 2015

2015-12-22

Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Kejohanan ASEAN Dream B-14 2015 setelah mengakhiri saingan Kumpulan A dengan keputusan tewas tipis 1-2 kepada pasukan dari Jepun, Nagoya Grampus FC.

Terdahulu pada tiga perlawanan sebelum ini, skuad B-14 negara kendalian jurulatih Richard Scully membelasah Albirex Niigata 4-0, membenam Port FC 5-0 dan menumpaskan Osotspa FC 3-0.

Pasukan B-14 kebangsaan dijadualkan bakal bertemu Montedio Yamagata pada aksi suku akhir pada hari esok, 2.20 petang (waktu Malaysia).

KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-14, RICHARD SCULLY

"Kebanyakan pemain-pemain dalam pasukan ini adalah gabungan daripada dua sekolah sukan di Malaysia; Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP). Kita turut memanggil beberapa pemain daripada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan juga Liga Bolasepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

"Pemain-pemain ini telah menunjukkan komitmen yang baik sehingga kita layak ke pusingan suku akhir. Namun begitu, kita tidak menepati sasaran awal untuk menjadi johan Kumpulan A. Untuk makluman, beberapa pemain telah menyerlah dalam kejohanan ini; Mohamad Khussaini Adli,  Muhammad Syakhir, Roudell Enel Tan, Aznil Asyraaf Azhar dan Saravanan Thirumurugan."  

REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-14 DI KEJOHANAN ASEAN DREAM B-14 2015

PERINGKAT KUMPULAN

TARIKH

PERLAWANAN

20 Disember 2015

Albirex Niigata 0-4 MALAYSIA

20 Disember 2015

MALAYSIA 5-0 Port FC

21 Disember 2015

Osotspa FC 0-3 MALAYSIA

22 Disember 2015

Nagoya Grampus FC 2-1 MALAYSIA