Malaysia menewaskan Indonesia

Malaysia menewaskan Indonesia

Jaringan pemain gentian, Syahrul Azwari Ibrahim sudah cukup untuk memastikan pasukan negara menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan A Sukan SEA ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Khamis (17/11/11).

Dengan kemenangan ini pasukan bawah 23 tahun negara akan bertemu Myanmar di separuh akhir Sabtu nanti.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memintas pendahulu kumpulan A, Indonesia, dengan kelebihan satu mata untuk muncul juara kumpulan dengan memungut 10 mata.

J Category: 
article/latest-news