MEDIA RELEASE: FA OF MALAYSIA (FAM) PARTNERS WITH THE ENGLISH FA TO LAUNCH NEW RESPECT CAMPAIGNS

2019-11-11

The Football Association of Malaysia (FAM) is pleased to announce a partnership with the English Football Association (EFA) which will see the Malaysian governing body launch two Respect campaigns for the 2019/20 season.

The new partnership has seen the EFA use findings from its most recent Respect strategy and insights, alongside taking time to grow an understanding of the Malaysian game and the key areas to address, to help create a strategic plan for Malaysian Respect. Both associations are excited to make the most of this opportunity to work together in bringing Respect to the forefront of football.

FAM President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, said:

"Respect is one of mankind's most noble sentiments but certain sections of the society feel it's acceptable to hurl abuse or question and manipulate rules and decisions. In order to make a genuine difference to the behaviour of everyone involved in the game, a cultural shift needs to take place at all levels.

"We are certainly delighted to work together with the English FA in creating awareness of the issues we all need to work on to provide a safe and enjoyable environment that protects participants, match officials, club administrators, volunteers and spectators."

Greg Clarke, EFA Chairman:

"Our campaign has evolved over the years since its inception but the desire to improve on-field and touchline behaviour by raising awareness of the importance and benefits of Respect has been constant throughout. 

"Knowledge-sharing between National Associations is key to the development of football and it has been a pleasure to share our experiences, offer guidance and collaborate with FAM for a Respect programme tailored to the game in their own country." 

The EFA's journey began back in 2008 with the launch of Respect after a build-up of behavioural problems in the national game. Over the past 11 years, several campaigns have followed to tackle areas such as referee abuse and swearing from the touch lines. Most recently the ‘We Only Do Positive’ campaign was launched, which aims to educate coaches and parents on their roles in creating a positive environment for players within the mini soccer and youth games.

More recently, in October 2018, FAM launched a new roadmap and comprehensive strategy, F:30 which outlined their vision and mission up until 2030. As the FAM build to their new vision, they see Respect as a foundational value that should be evident across both the professional and grassroots games. At this time the FAM reached out to the EFA for input and support in raising the profile of Respect in Malaysian football, recognising the progress that the EFA’s Respect campaign was seeing.

As a result of the partnership between the EFA and FAM, on the 14th November 2019, FAM will be launching the ‘Together’ campaign, focused on tackling a growing problem of contempt and abuse against officials and spectators within the professional leagues.

Furthermore, in January 2020, FAM will launch a new campaign - ‘Play Positive’ - which focuses on the role that coaches and parents have to create the right environments for players of 4-12 years. The campaign will be launched alongside a new grassroots league, in which the FAM is encouraging children of the youngest age groups to engage in their national sport.

Alongside both campaigns, FAM will be launching educational activations and discipline procedures that will support the roll-out of both campaigns.

For further information the FAM will be launching a new website page http://fam.org.my/respect and Instagram page @FAMRespect.

 

--------

SIARAN MEDIA: FAM BEKERJASAMA DENGAN FA INGGERIS UNTUK LANCAR KEMPEN BAHARU RESPECT

2019-11-11

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA) yang akan menyaksikan badan pentadbir bola sepak Malaysia melancarkan dua kempen Respect untuk musim 2019/20.

Kerjasama baharu ini telah menyaksikan EFA menggunakan penemuan daripada strategi dan tinjauan kempen Respect yang terbaru dalam usaha bersama mengembangkan pemahaman tentang cara perlawanan di Malaysia dengan tumpuan utama untuk menangani, membantu membuat perancangan strategik bagi  Malaysian Respect. Kedua-dua persatuan ini nyata teruja untuk memanfaatkan peluang  bekerjasama yang ada dalam memartabatkan Respect (Hormat) pada bola sepak tanah air.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, berkata:

"Respect (hormat) adalah salah satu sentimen mulia tetapi sesetengah masyarakat berasakan ia bukan satu kesalahan untuk memanipulasi peraturan  mahupun keputusan. Justeru, sebagai langkah untuk memastikan tingkah laku setiap individu yang terbabit dalam perlawanan terkawal maka peralihan budaya perlu dilaksanakan pada setiap peringkat.

"Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan EFA dalam mewujudkan kesedaran dalam usaha kita menyediakan persekitaran selamat dan seronok.  Namun pada masa sama melindungi peserta, pegawai perlawanan, pentadbir kelab, sukarelawan dan penonton."

Pengerusi EFA, Greg Clarke:

"Kempen kami ini telah lama bermula dan sejak penubuhannya bertahun dahulu, keinginan pihak kami dalam memperbaiki cara serta sentuhan dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan manfaat Respect sentiasa berterusan.

"Perkongsian ilmu antara Persatuan Kebangsaan menjadi kunci utama dalam pembangunan bola sepak dan sememangnya kami gembira dapat sama-sama berkongsi, menawarkan bimbingan dan berkerjasama dengan FAM untuk program Respect dijalankan di negara mereka."

EFA melancarkan Respect pada 2008 susulan masalah tingkah laku semakin meruncing dalam perlawanan peringkat kebangsaan. Dalam tempoh 11 tahun ini, beberapa kempen susulan turut dijalankan untuk mengawal masalah membabitkan layanan terhadap pengadil dan penggunaan kata-kata kesat pada sisi garisan padang. Kempen yang terkini 'We Only Do Positive’ telah dilancarkan untuk mendidik jurulatih dan ibu bapa mengenai peranan peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran positif di pelawanan remaja atau bola sepak mini.

Pada Oktober 2018, FAM melancarkan pelan hala tuju F:30 dalam usaha menggariskan visi dan misi  persatuan menjelang 2030.  Dalam usaha membina misi baharu ini, FAM melihat Respect mempunyai nilai asas yang seharusnya diamalkan di setiap perlawanan akar umbi ke peringkat profesional.

Maka dengan itu dan sejajar dengan kejayaan kempen Respect, FAM  menjalinkan kerjasama dengan EFA untuk input serta sokongan dalam menaikkan lagi profil Respect dalam arena bola sepak Malaysia.

Hasil kerjasama EFA dan FAM, kempen 'Together' akan dilancarkan oleh FAM pada 14 November 2019 dengan fokus utama untuk mengatasi masalah layanan terhadap pegawai rasmi perlawanan juga penyokong dalam liga profesional.

Pada Januari 2020, FAM akan melancarkan satu lagi kempen - ‘Play Positive’ - yang menumpukan pada peranan jurulatih dan ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran terbaik buat pemain berusia 4-12 tahun. Kempen Itu juga akan dilancarkan bersama liga akar umbi baharu selari dengan usaha FAM menggalakkan pemain di usia muda berkecimpung dalam bola sepak kebangsaan.

FAM juga akan melancarkan aktiviti pendidikan dan prosedur disiplin yang mana ia akan menjadi sebahagian daripada sokongan kepada kedua-dua kempen berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web baharu yang dilancarkan FAM http://fam.org.my/respect atau ikuti akaun Instagram @FAMRespect.