MISC-MIFA MUNCUL JUARA PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Pasukan baharu edisi tahun ini, MISC-MIFA muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah setelah menewaskan juara bertahan, Sabah melalui penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1 di Padang A, UKM Bangi.

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2015  - Penjaga gol Sabah, Nurul Azurin Mazlan.

Walaubagaimanapun, gelaran Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Penjaring Terbanyak Kejohanan mejadi milik dua ayam tambatan pasukan Sabah iaitu penjaga gol, Nurul Azurin Mazlan dan penyerang, Nor Athirah Mamat dengan jumlah jaringan sebanyak 12 gol.

Penjaring Terbanyak Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 - Penyerang Sabah, Nor Athirah Mamat.

KEPUTUSAN HARI INI (8 OGOS)

PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT
 
PDRM 4
Malini Nordin m-2, 
Angela Kais m-7,
Masyita Mohd Tajib m-43,
Lovelytha Jelus m-44
SARAWAK 1
Zaiton Ali m-38
 
PERLAWANAN AKHIR
 
SABAH 1
Nor Athirah Mamat m-45+1
MISC-MIFA 1
Sihaya Azad m-59 
 
MISC-MIFA menang penalti 3-2.
 
SENARAI PEMENANG PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015
 
Juara: MISC-MIFA
Naib juara: Sabah
Ketiga: PDRM
Pemain terbaik: Nurul Azurin Mazlan (SABAH)
Penjaring terbanyak: Nor Athirah Mamat (SABAH) - 12 gol
 
 
J Category: 
article/women-s-football