Pahang, JDT kekal dua teratas Liga Super

Pahang kekal di tangga teratas Liga Super dengan berkelebihan dua mata selepas berjaya menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 
 Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekori rapat di tangga kedua selepas turut meraih tiga mata penuh menewaskan PDRM 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 
 Perak berjaya memintas kedudukan Selangor di tangga ketiga selepas menewaskan ATM 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.
 
 Selepas 14 perlawanan, Pahang mengumpul 30 mata, JDT 28 mata, Perak 27 mata dan Selangor 24 mata untuk empat kedudukan teratas.
 
 Felda United FC kekal di tangga kelima meskipun sekadar seri 2-2 dengan pasukan tercorot, Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang berikutan kekalahan pasukan tangga keenam, PDRM di tangan JDT.
 
 Lions XII pula mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas pasukan tangga ke-10, Kelantan di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 
 Terengganu akhirnya menamatkan badi enam kekalahan berturut apabila berjaya menumpaskan Sarawak 4-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
SELANGOR 1
Robert Cornthwaite m-5
PAHANG 3
Zesh Rehman m-50,
Matias Conti m-59,
Hafiz Kamal m-68
 
JOHOR DARUL TA'ZIM 2
Safiq Rahim m-4 & m-55
PDRM 1
Dramane Traore m-82 (P)
 
PERAK 2
Nurridzuan Abu Hassan m-22,
Namkung Woong m-66
ATM 1
Venice Elphi Danny Kaya m-42
 
FELDA UNITED FC 2
Zah Rahan Krangar m-33,
Hadin Azman m-81
SIME DARBY FC 2
Fahrul Razi Kamaruddin m-27,
Marko Perovic m-44
 
LIONS XII 3
Faris Ramli m-4 & m-84,
Khairul Amri m-79
KELANTAN 0
 
TERENGGANU 4
Fakhrurazi Musa m-24,
Ismail Faruqi Asha'ri m-34 & m-64,
Patrick Gerhardt (GS) m-86
SARAWAK 2
Ryan Griffiths m-8,
Ivan Fatic m-54
J Category: 
uncategorised6