Pahang kekal kelebihan terajui Liga Super

Pahang kekal berkelebihan dua mata di tangga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM pada aksi pertama pusingan kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
 
 Gol kemenangan Azidan Sarudin pada tambahan masa separuh masa kedua memastikan Pahang kini mengumpul 26 mata selepas 12 perlawanan, dua mata mengatasi juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangga kedua dengan 24 mata.
 
 JDT menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menerusi jaringan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Luciano Figueroa pada penghujung kedua-dua babak permainan.
 
 Selangor dan Perak mengekori di tangga ketiga dan keempat dengan berkongsi 21 mata apabila masing-masing berjaya menewaskan Felda United 1-0 di Shah Alam dan Sarawak 3-1 di Ipoh.
 
 Lions XII kekal di tangga ketujuh selepas sekadar seri 1-1 dengan ATM di Paroi manakala hajat pasukan tercorot, Sime Darby FC untuk meraih kemenangan sulung masih tidak kesampaian apabila diikat 1-1 oleh Kelantan di Selayang.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
PAHANG 1
Azidan Sarudin m-90+4
PDRM 0
 
JOHOR DARUL TA'ZIM 2
Aidil Zafuan Abdul Radzak m-45+1
Luciano Figueroa m-90+1
TERENGGANU 0
 
SELANGOR 1
Robert Cornthwaite m-38
FELDA UNITED FC 0
 
PERAK 3
Charles Souza Chad m-12 & m-33,
Namkung Woong m-60
SARAWAK 1
Billy Mehmet m-48
 
ATM 1
Abdulafees Abdul Salam m-58 (P)
LIONS XII 1
Hafiz Abu Sujad m-42
 
SIME DARBY FC 1
Reinaldo Elias Da Costa m-45+4 (P)
KELANTAN 1
Gilmar Jose Da Silva m-49
 
J Category: 
uncategorised6