Pahang kekal teratas Liga Super selepas ikat JDT

Pahang berjaya mengelak kedudukan tangga teratas Liga Super milik mereka dipintas juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan ke-13 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
 
 Namun keciciran dua mata itu menyebabkan Pahang dan JDT semakin dihampiri Selangor dan Perak selepas pasukan di tangga ketiga dan keempat itu masing-masing berjaya meraih tiga mata penuh.
 
 Selangor mengatasi Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam tatkala Perak menundukkan pasukan tangga tercorot, Sime Darby FC 3-1 di Stadium Selayang.
 
 Selepas 13 perlawanan, Pahang kekal di tangga teratas liga dengan 27 mata diikuti JDT (25 mata), Selangor (24 mata) dan Perak (24 mata).
 
 Ia diikuti Felda United FC dan PDRM yang berkongsi 21 mata selepas masing-masing turut mencatat kemenangan dengan Felda United FC menang 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi manakala terdahulu PDRM menewaskan Lions XII 2-1 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
 
 Satu lagi perlawanan, Kelantan bertemu ATM tidak dilangsungkan malam tadi kerana sudah pun ditunda ke tarikh lain berikutan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tidak dibenarkan penggunaannya sepanjang bulan Ramadan.
 
 
KEPUTUSAN MALAM TADI:
 
PAHANG 1
Damion Stewart m-71
JOHOR DARUL TA'ZIM 1
Amri Yahyah m-67
 
SELANGOR 2
Abdul Hadi Yahya m-4,
Robert Cornthwaite m-23
TERENGGANU 0
 
SIME DARBY FC 1
Marko Perovic m-15
PERAK 3
Horace James m-30,
Charles Souza Chad m-45,
Nasir Basharudin m-75
 
SARAWAK 0
FELDA UNITED FC 2
Christie Jayaseelan m-11,
Thiago Augusto m-49
 
 
KEPUTUSAN JUMAAT:
 
PDRM 2
Dramane Traore m-10 (P) & m-30
LIONS XII 1
Safuwan Baharudin m-28
J Category: 
uncategorised6