Perlawanan Akhir Piala Melaka Bawah 23 Tahun

Adalah dimaklumkan bahawa perlawanan akhir Piala Melaka Bawah 23 Tahun anjuran Kelab Bola Sepak Warisan Melayu Melaka akan dilangsungkan pada hari Jumaat 12hb Ogos 2011 bermula jam 9 malam di Stadium Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Perlawanan akhir akan menemukan sekali lagi tuan rumah Melaka dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) setelah kedua - dua pasukan menduduki dua tangga teratas selepas berakhirnya pusingan awal. Sebelum ini pada perlawanan pembukaan Melaka dan MP Muar terikat 2 - 2.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sports (817) bermula jam 8.55 malam.

J Category: 
article/latest-news