PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1: UZBEKISTAN 5-1 MALAYSIA

2021-10-10

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 5-1 kepada pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.

Terdahulu, Harimau Malaya kalah 4-0 kepada pasukan tuan rumah, Jordan pada perlawanan pertama dalam kunjungan ke Jordan ini, Rabu lalu (6 Oktober 2021).

Pada aksi malam tadi, Uzbekistan kendalian Srecko Katanec mendahului tiga gol menerusi dua jaringan Dostonbek Khamdamov pada minit ke-17 dan 29 serta Husain Norchaev, minit ke-33 sebelum pemain tengah Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar merapatkan kedudukan 3-1 pada tambahan masa separuh masa pertama.

Uzbekistan menambah dua lagi gol pada babak kedua menerusi jaringan Ibrokhimkhalil Yuldashev pada minit ke-68 dan Azizbek Amanov, minit ke-88.

 

UZBEKISTAN: 16. Valijon Rahimov (GK); 8. Dilshod Saitov, 23. Husniddin Aliqulov, 15. Rustam Ashurmatov (5. Dostonbek Tursunov 71'), 4. Farrukh Sayfiev (19. Ibrokhimkhalil Yuldashev 61'); 17. Dostonbek Khamdamov (11. Shokhboz Umarov 71'), 7. Otabek Shukurov (20. Akmal Mozgovoy 61'), 6. Azizjon Ganiev, 10. Jaloliddin Masharipov; 14. Eldor Shomurodov (C) (21. Igor Sergeyev 61'), 13. Husain Norchaev (9. Azizbek Amanov 79').

MALAYSIA: 21. Khairul Fahmi Che Mat; 16. Rizal Ghazali, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (K) (6. Dominic Tan 70'), 17. Irfan Zakaria, 2. Arif Fadzilah Abu Bakar (4. Ariff Farhan Md Isa 70'); 12. Akram Mahinan, 15. Kenny Pallraj (14. Mukhairi Ajmal Mahadi 61'); 24. Faisal Halim (19. Fayadh Zulkifli Amin 70'), 8. Baddrol Bakhtiar, 11. Hakimi Abdullah (20. Syafiq Ahmad 38'); 18. Luqman Hakim Shamsudin (9. Guilherme de Paula 61').

 

Kredit Foto: Instagram @uzbekistanfa