PIALA AIRMARINE 2019: AFGHANISTAN GANTI TEMPAT SOLOMON ISLANDS

2019-03-01

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Afghanistan, pasukan di kedudukan 147 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan menggantikan tempat Solomon Islands bagi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 20 hingga 23 Mac ini.

Ia menjadikan empat pasukan yang akan bersaing dalam Piala AIRMARINE 2019 kini terdiri daripada Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanistan.

Solomon Islands, pasukan di kedudukan 143 dalam ranking FIFA telah menghubungi FAM, semalam bagi memaklumkan penarikan diri kerana mereka telah terlepas pandang tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei pada 24 Mac 2019 yang sudah pun dipersetujui lebih awal, bakal berlangsung hanya sehari selepas berakhirnya Piala AIRMARINE 2019.

Persekutuan Bolasepak Solomon Islands (SIFF) menerusi ketua pegawai eksekutifnya, Leonard Paia memberitahu yang pihaknya telah pun mendapatkan kelulusan daripada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) bagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei itu, sekali gus membuatkan mereka tidak dapat menyertai Piala AIRMARINE 2019 yang memerlukan dua perlawanan untuk dihadapi iaitu pada 20 dan 23 Mac 2019.

Selepas menerima perkhabaran daripada SIFF itu, FAM telah mengambil langkah segera dengan menghubungi beberapa negara berpotensi bagi menawarkan tempat untuk mereka menggantikan slot yang dikosongkan oleh Solomon Islands dan akhirnya Afghanistan telah tampil memberikan pengesahan rasmi, hari ini untuk menyertai Piala AIRMARINE 2019.

Dengan kehadiran Afghanistan, ketiadaan Solomon Islands dalam senarai terkini pasukan bertanding tidak akan menjejaskan Piala AIRMARINE 2019 kerana dari segi kualiti pasukan, kedudukan Afghanistan dalam Ranking FIFA adalah lebih kurang sama dengan kedudukan Solomon Islands.

Empat pasukan - Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanistan akan diundi pada Isnin ini, 4 Mac 2019 bagi menentukan lawan masing-masing untuk aksi separuh akhir Piala AIRMARINE 2019 pada 20 Mac 2019.

Pemenang akan bertemu pada aksi final Piala AIRMARINE 2019 pada 23 Mac 2019 manakala dua pasukan yang tewas pada separuh akhir itu akan bertembung untuk perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

-----

 

AIRMARINE CUP 2019: AFGHANISTAN REPLACES SOLOMON ISLANDS

2019-03-01

The Football Association of Malaysia (FAM) today announced that Afghanistan, ranked 147th in the Federation Internationale de Football Association (FIFA) ranking will replace Solomon Islands for the four-nation international competition, AIRMARINE Cup 2019 at National Stadium, Bukit Jalil, from 20th to 23rd March 2019.

That would complete the four-team lineup to compete in the AIRMARINE Cup 2019 which currently involves Malaysia, Singapore, Oman and Afghanistan.

Solomon Islands, ranked 143th in the FIFA ranking have contacted FAM yesterday to inform their withdrawal as they have overlooked the date of their International ‘A’ match against Chinese Taipei on 24th March 2019 which has already been agreed earlier, will take place just a day after the final matchday of the AIRMARINE Cup 2019.

The Solomon Islands Football Federation (SIFF) through its chief executive officer, Leonard Paia said that they have obtained approval from FIFA and the Oceania Football Confederation (OFC) for the International ‘A’ match against the Chinese Taipei, thus making them unable to join the AIRMARINE Cup 2019 which requires them to play two matches, on 20th and 23rd March 2019.

After receiving the statement from SIFF, FAM has taken immediate steps by contacting several potential countries to offer them a place to replace the vacated spot by Solomon Islands and eventually Afghanistan has came forward to formally confirmed their participation today to join the AIRMARINE Cup 2019.

With the participation of Afghanistan, the absence of Solomon Islands will not affect the AIRMARINE Cup 2019 because in terms of the quality of teams, Afghanistan's position in the FIFA Ranking is roughly the same as Solomon Islands.

Four teams - Malaysia, Singapore, Oman and Afghanistan will undergo a draw ceremony on Monday, 4th March 2019 to determine their respective opponents for the AIRMARINE Cup 2019 semi-finals on 20th March 2019.

Winners of those matches will meet in the AIRMARINE Cup 2019 final on March 23, 2019 while the two teams who lost in the semi-finals will take each other on for the third and fourth place match on the same day.

 

Stuart Ramalingam

Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary