PIALA BELIA: KEDAH, JDT IV BERMULA GARANG; JUARA BERTAHAN MENANG

2016-02-29

Juara bertahan, Selangor memulakan kempen Piala Belia 2016 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas naib juara musim lalu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam.

 Namun dua pasukan turut mencuri tumpuan apabila berjaya mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing dengan Kedah mudah membelasah Perlis 5-0 di Stadium UiTM Perlis, Arau manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) IV membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 di Padang Kem Terendak, Melaka.

 Baki tujuh perlawanan lain menyaksikan Perak, Sabah, Pulau Pinang, Felda United, SSMP B-16, Kelantan dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 turut berjaya meraih kemenangan sulung.

 Perlawanan kedua akan berlangsung pada Ahad, 6 Mac ini.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

PERAK 2

Mohamad Nor Abid Redzuan 3'

Abdul Razak Mastor 11'

SARAWAK 1

Abdul Rahman Ismawi 14'

 

N SEMBILAN 1

Muhammad Iskandar 25'

SABAH 2

Arius Jais 9'

Hamran Peter 35'

 

PAHANG 0

P PINANG 1

Muhammad Fakrul Hakimi Abu Bakar (GS) 28'

 

PERLIS 0

KEDAH 5

Muhammad Azrie Reza 2' 75'

Ahmad Firdaus 27' 61'

Akmal Azmi 31'

 

SELANGOR 2

Muhd Faisal Mazlan 21'

Muhd Fazrul 87'

SSMP (B-17) 1

Muhd Fikhri Zulkiflee 13'

 

KUMPULAN B

 

FELDA UNITED 1

Khairul Ezami 22’

MELAKA 0

 

SSMP (B-16) 2

Muhammad Izreen Izwandy 50' 80'

K LUMPUR 0

 

KELANTAN 2

Muhd Shahrul Nizam 21’ 48’

MISC-MIFA 0

 

ATM 0

JDT IV 3

Linkeswar 12'

Fazhan Fikri 54'

Mohd Ferdaus 80'

 

TERENGGANU 0

SSBJ (B-17) 2

Awang Md Faiz Haziq 50'

Asmaei Alias 80'