
2016-09-27
Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan berjaya mengikat juara Kumpulan A, Sabah 0-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi untuk mara ke separuh akhir Piala Belia 2016 menerusi agregat 1-0.
Terdahulu pada aksi yang berlangsung sebelah petang, juara bertahan, Selangor bimbingan Noor Zaidi Rohmat berjaya layak menerusi agregat 1-0 selepas menang tipis 1-0 ke atas naib juara Kumpulan B, Felda United di Stadium UPM, Serdang.
Sementara itu, juara Kumpulan B, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 kendalian Reduan Abdullah berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Padang MSN, Bukit Jalil untuk mara dengan agregat 4-2.
Naib juara Kumpulan A, Kedah bimbingan Roshidi Shaari pula turut mara menerusi agregat 3-2 biarpun tewas 1-0 kepada Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16 di Stadium Mini Jitra.
Separuh akhir pertama pada Ahad ini, 2 Oktober bakal menyaksikan Kelantan menanti kehadiran Selangor di Kota Bharu manakala SSBJ B-17 melayan kunjungan Kedah di Bukit Jalil, sebelum aksi timbal balik berlangsung pada 9 Oktober ini.
Final Piala Belia 2016 secara timbal balik akan berlangsung pada 16 dan 23 Oktober ini.
KEPUTUSAN PENUH SEMALAM
SABAH 0
KELANTAN 0
* Kelantan layak menerusi agregat 1-0
FELDA UNITED 0
SELANGOR 1
Muhammad Amirul Haziq Rasmizal 32'
* Selangor layak menerusi agregat 1-0
SSBJ (B-17) 1
Muhammad Zafuan Azeman 49'
PULAU PINANG 0
* SSBJ B-17 layak menerusi agregat 4-2
KEDAH 0
SSMP (B-16) 1
Muhammad Nizarruddin Jazi 90+2'
* Kedah layak menerusi agregat 3-2