PIALA BELIA: SELANGOR, SSBJ B-17 MELANGKAH KE PENTAS FINAL

2016-10-10

Juara bertahan, Selangor berjaya melangkah ke final Piala Belia 2016 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam.

 Terdahulu, skuad kendalian Noor Zaidi Rohmat itu mencatat kemenangan tipis 1-0 pada aksi pertama di Kota Bharu, 2 Oktober lalu, sekali gus mara ke final menerusi agregat 3-1 mengatasi Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan.

 Menanti Selangor di final ialah pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 yang tewas 1-0 kepada Kedah pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Mini Jitra, petang semalam.

 Namun SSBJ B-17 kendalian Reduan Abdullah tetap mara ke final menerusi agregat 2-1 selepas berjaya menewaskan Kedah bimbingan Roshidi Shaari 2-0 pada aksi pertama di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, 2 Oktober lalu.

 Final Piala Belia 2016 secara timbal balik dijadual berlangsung pada 16 dan 23 Oktober ini dengan venue perlawanan akan diumumkan Jabatan Pertandingan FAM dalam masa terdekat ini.

 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEDUA

 

SELANGOR 2

Ainol Iskandar Mahsun 28'

S Linggeswaran 68'

KELANTAN 1

Muhammad Danial Ashraf Abdullah 41'

*  Selangor layak ke final menerusi agregat 3-1

 

KEDAH 1

Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam 58'

SSBJ (B-17) 0

*  SSBJ B-17 layak ke final menerusi agregat 2-1