PIALA FAM 2017: UKM FC, MOF FC KONGSI TERAJU; SAMB FC GAGAL MANFAAT PELUANG

2017-03-06

UKM FC dan MOF FC terpaksa akur berkongsi kedudukan teratas saingan Kumpulan A setelah hanya mampu seri dengan lawan masing-masing pada aksi ketiga Piala FAM 2017, semalam. Kedua dua pasukan teratas itu berkongsi tujuh mata tetapi dipisahkan perbezaan jaringan.

 Di Stadium Mini UKM, Bangi, UKM FC kendalian Sulaiman Hussin tidak berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri setelah diikat oleh pasukan pelawat, KSDBKL 1-1.

MOF FC bimbingan S Balachandran pula kekal di tangga kedua setelah seri tanpa jaringan dengan Kelab Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

 Sementara itu, Shahzan Muda FC kendalian Tajuddin Nor melonjak ke tangga ketiga dengan mengumpul 6 mata selepas menumpaskan Hanelang FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Pada satu lagi aksi Kumpulan A, Felcra FC di bawah bimbingan Yusri Che Lah bangkit pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan bagi meraih keputusan seri 1-1 dengan MPKB-BRI UBES FC di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur.

 Bagi saingan Kumpulan B, pasukan di tangga kedua, SAMB FC kendalian G Torayraju  gagal manfaatkan peluang untuk merampas kedudukan teratas daripada pendahulu, Sime Darby FC yang tidak beraksi minggu ini apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan Kuching FA di Stadium Hang Tuah, Melaka.

 Pasukan baharu, Terengganu City FC kendalian Roshadi Wahab berjaya melakar kemenangan pertama selepas menang 1-0 ke atas Penjara FC di Stadium Mini Kompleks Penjara Kajang untuk naik ke tangga ketiga juga dengan 5 mata.

 PJ Rangers FC di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris juga meraih kemenangan sulung setelah menewaskan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) FC 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN 3 PIALA FAM 2017

 

‪KUMPULAN A

 

HANELANG FC 0

SHAHZAN MUDA FC 1

Mohd Rizua Shafiqi 72’

 

‪FELCRA FC 1

Muhammad Hafizi Mat Podzi 65’

MPKB 1

Muhammad Raimi Azmi 35’

 

UKM FC 1

Asnan Ahmad 67’

KSDBKL 1

Muhammad Ikram Ibrahim 53’

 

‪KDMM FC 0

MOF FC 0
 

 

KUMPULAN B

SAMB FC 1

Shakir Samad 77’

KUCHING 1
Zulmizan Bujang 32’

 

PJ RANGERS FC 2

Mohd Iskandar Hanapiah 44’

Fahrul Razi Kmaruddin 52’

PBMS FC 1

Muhammad Ammar Abdul Aziz 20’

 

‪PENJARA FC 0

TERENGGANU CITY FC 1

Zairo Anuar Zailani 90+2’