Piala Sumbangsih 2014

Juara Piala Malaysia 2013, Pahang akan menentang juara Liga Super 2013, Lions XII dari Singapura pada perlawanan Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Harga tiket ialah RM25 untuk tempat duduk utama (grandstand), RM15 (teres berbumbung), RM12 (terbuka) dan RM8 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Sejumlah 31,000 tiket akan dijual untuk perlawanan tersebut. (26,000 tiket akan dijual di Stadium Darul Makmur dan 5,000 tiket di Stadium Mini Temerloh)

 

J Category: 
article/latest-news