Pindaan Jadual Liga Super & Liga Premier 2015 Pusingan Kedua berikutan persiapan Pasukan Kebangsaan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan beberapa pindaan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2015, pusingan kedua bagi memberi laluan kepada Skuad kebangsaan Malaysia yang akan membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Harimau Malaya akan memulakan Pusingan Pertama Kelayakan dengan menentang Timor Leste (11 Jun 2015), Palestin (16 Jun 2015), UAE (3 September 2015) dan Arab Saudi (8 September 2015).

Pusingan Kedua pula akan dimulakan dengan menentang Timor Leste (13 Oktober 2015), Palestin (12 November 2015), UAE (17 November 2015) dan Arab Saudi (24 Mac 2016).

Berikut adalah pindaan yang telah diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT):

LIGA SUPER

LIGA PREMIER

Kredit Foto: Beritaharian.com.my

J Category: 
article/latest-news