PM1: Enam pasukan raih kemenangan

Enam pasukan termasuk juara bertahan, Pahang berjaya meraih tiga mata penuh pada perlawanan sulung peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2015 yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu.
 
 Pada aksi tunggal yang berlangsung Jumaat, finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang juga juara Liga Super musim ini memulakan kempen Kumpulan B dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 
 Tujuh baki aksi yang berlangsung malam tadi pula menyaksikan kesemua pasukan dalam Kumpulan A terikat satu mata selepas Terengganu seri 0-0 dengan JDT II di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu manakala Lions XII diikat 1-1 oleh Kedah di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 
 Pada aksi Kumpulan B, Sarawak berjaya menewaskan ATM 1-0 di Kuching menerusi jaringan lewat permainan pemain sayap kebangsaan, Joseph Kalang Tie.
 
 Kumpulan C pula menyaksikan Kelantan berjaya menewaskan Selangor 3-0 di Stadium Shah Alam manakala Felda United mudah menundukkan T-Team 3-0 di Stadium Selayang.
 
 Bagi saingan Kumpulan D, Pahang selaku juara bertahan terpaksa berhempas pulas sebelum akhirnya berjaya menewaskan PDRM 4-3 menerusi hatrik Azammuddin Akil di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala PKNS FC berjaya menundukkan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Bandaraya.
 
 
KEPUTUSAN:
 
Kumpulan A
 
LIONS XII 1
Shahdan Sulaiman m-18
KEDAH 1
Sandro Da Silva m-16
 
TERENGGANU 0
JOHOR DARUL TA'ZIM II 0
 
Kumpulan B
 
JOHOR DARUL TA'ZIM 2
Safee Sali m-17,
S Chanthuru m-21
PERAK 0
 
SARAWAK 1
Joseph Kalang Tie m-90+2
ATM 0
 
Kumpulan C
 
FELDA UNITED 3
Ndumba Makeche m-35 & m-69,
Indra Putra Mahayuddin m-38 (p)
T-TEAM 0
 
SELANGOR 0
KELANTAN 3
Gilmar Da Silva m-26 & m-53,
Iwuji Augustine m-49
 
Kumpulan D
 
PAHANG 4
Azammuddin Akil m-2, m-35 & m-65,
Dickson Nwakaeme m-79
PDRM 3
Dramane Traore m-12,
Ashfaq Ali m-71,
Jaime Braganca m-75
 
PULAU PINANG 0
PKNS FC 3
Nazrin Syamsul Bahri m-17,
Gabriel Guerra m-18,
Nizam Abu Bakar m-54
 
J Category: 
uncategorised6