PM5: Selangor pasukan pertama ke suku akhir

Juara 32 kali, Selangor muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir TM Piala Malaysia 2015 selepas berjaya menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
 
 Selangor turut sudah bergelar juara Kumpulan C dengan mengumpul 10 mata selepas satu lagi perlawanan di Stadium Selayang berkesudahan Felda United seri 2-2 dengan Kelantan.
 
 Dalam aksi Kumpulan A, Lions XII berjaya merampas tangga teratas selepas menewaskan JDT II 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura selepas pendahulu sebelum ini, Kedah tewas 3-1 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
 
 JDT pula terus garang menguasai Kumpulan B dengan merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas membelasah ATM 4-0 di Larkin tatkala Sarawak berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Kuching untuk mengekori di tangga kedua.
 
 Sementara itu, PKNS FC merampas tangga teratas Kumpulan D selepas menewaskan juara bertahan, Pahang 4-1 di Kuantan manakala PDRM meraih kemenangan sulung menewaskan Pulau Pinang 3-2 di Stadium Bandaraya.
 
 
KEPUTUSAN:
 
Kumpulan A
 
TERENGGANU 3
Issey Nakajima-Farran m-25 & m-73,
Hasmizan Kamarodin m-76
KEDAH 1
Bang Seung-hwan m-69
 
LIONS XII 1
Shahdan Sulaiman m-49
JDT II 0
 
Kumpulan B
 
SARAWAK 1
J Partiban m-35
PERAK 0
 
JDT 4
S Chanthuru m-11,
Safiq Rahim m-24,
Luciano Figueroa m-36,
Nazrin Nawi m-70
ATM 0
 
Kumpulan C
 
FELDA UNITED 2
Thiago Augusto Fernandes  m-18 & m-31
KELANTAN 2
Firdaus Faudzi (gs) m-28
Badhri Radzi m-42
 
SELANGOR 2
Andik Vermansah m-18,
Ahmad Hazwan Bakri m-72
T-TEAM 1
Mohd Zarulizwan Mazlan m-28
 
Kumpulan D
 
PULAU PINANG 2
Lee Gil Hoon m-67,
Mohd Faisal Abd Halim m-90
PDRM 3
Mohamadou Sumareh m-4 & m-84,
Ahmad Nizam Mohd Rodzi m-9
 
PAHANG 1
Zesh Rehman m-41
PKNS FC 4
Gabriel Guerra m-16,
Pedro Henrique m-26,
Nizam Abu Bakar m-82,
Patrick Ronaldinho Wleh m-90+4
 
J Category: 
uncategorised6