PPBN, FAM dan KPM anjurkan FIFA dan AFC Grassroots Festival

 

 

Pihak Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan FIFA dan AFC Grassroots Festival pada 17 Mei 2015 (Ahad), jam 8 pagi hingga 2 petang di lokasi-lokasi berikut:

1.     Padang Ipoh, Perak

2.     Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang

3.     Kompleks Rakan Muda Lendu, Alor Gajah, Melaka

FIFA Grassroots Festival merupakan program pembangunan bolasepak yang diadakan untuk kanak-kanak perempuan manakala AFC Grassroots Football Day pula diadakan untuk kanak-kanak lelaki.

 

 

Program ini telah menerima sambutan baik dengan penyertaan seramai 300 kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun daripada Program Akademi Tunas.

J Category: 
uncategoriseduncategorised