RANGKUMAN BENGKEL PERUNDANGAN FAM 2015

2015-11-30

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganjurkan Bengkel Perundangan FAM 2015 di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) pada Isnin, 30 November 2015.
 
 Bengkel selama sehari itu disertai dua wakil dari setiap ahli gabungan FAM serta ahli-ahli dari Jawatankuasa Tatatertib FAM, Jawatankuasa Rayuan FAM, Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan FAM, Jawatankuasa Status FAM dan Jawatankuasa Keselamatan FAM.
 
 Selepas ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden FAM, Dato' Abdul Mokhtar Ahmad, bengkel berlangsung dengan dipecahkan kepada tujuh sesi.
 
1. Penerangan mengenai Jawatankuasa Tatatertib FAM oleh ahli jawatankuasanya, Dato' Dr Subramaniam Nathan.
 
2. Penerangan mengenai Jawatankuasa Rayuan FAM oleh Ketua Jabatan Undang-Undang FAM, Shahida Bashirah Hishamuddin.
 
3. Penerangan mengenai peraturan status dan perpindahan pemain serta forum penyelesaian pertikaian oleh Ketua Status & Tadbir Urus Pemain FIFA, Omar Ongaro.
 
4. Penerangan mengenai keselamatan stadium di Malaysia oleh Ketua Jabatan Integriti dan Keselamatan FAM, Osman Abu Bakar.
 
5. Penerangan mengenai keselamatan stadium FIFA dari perspektif AFC oleh Pengurus Stadium dan Keselamatan AFC, Shahin Rahmani.
 
6. Sesi perbincangan podium mengenai status dan tadbir urus pemain.
 
7. Sesi perbincangan podium mengenai keselamatan stadium.

J Category: 
article/latest-news