Ranking FIFA Mac 2014: Malaysia huni tangga 141

Skuad bola sepak Malaysia, Harimau Malaya melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-141 dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam. (13 Mac 2014)

Di peringkat Asia, Malaysia turut naik tujuh anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-22 daripada 46 negara.

Malaysia kini mendahului negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand (148), Singapura(149), Indonesia(154), dan Myanmar (173)

Kedudukan ke 141 ranking FIFA ini didorong oleh dua perlawanan sebelum ini iaitu mencatatkan keputusan seri dengan Filipina pada 1 Mac 2014 dan menewaskan Yemen 2-1 pada 5 Mac 2014 pada saingan aksi kelayakan Piala Asia.  

J Category: 
article/latest-news