SENARAI 17 PEMAIN FUTSAL LELAKI UNTUK SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN DI THAILAND DAN VIETNAM

2016-01-16

Berikut senarai nama 17 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan, Marcelo Serpa untuk dibawa ke Bangkok, Thailand dan Ho Chi Minh, Vietnam bagi menghadapi siri perlawanan persahabatan dari 18 hingga 27 Januari 2016.

 

NAMA

UMUR

PASUKAN

1

AHMAD FAWZUL HADZIR

29

FELDA UNITED

2

SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI

25

FELDA UNITED

3

AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ

29

FELDA UNITED

4

MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM

28

FELDA UNITED

5

MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI

27

FELDA UNITED

6

MUHAMMAD AZRI RAHMAN

22

FELDA UNITED

7

MOHD FIRDAUS AMBIAH

25

FELDA UNITED

8

MUHAMMAD ADDLI CHE HUSIN

26

MELAKA

9

AMAR ASHRAF ABU BAKAR

28

KEDAH

10

SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR

20

MPSJ

11

MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL

22

MPSJ

12

MOHD FIRDAUS RAZALI

31

MPSJ

13

KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN

29

SELANGOR

14

AKMARULNIZAM MOHD IDRIS

25

PAHANG

15

MOHD AFIQ ABDUL RAHMAN

25

PAHANG

16

MOHD RIDZWAN BAKRI

22

SABAH

17

MOHD IFTITAH AHMAD

23

SABAH

 

Daripada senarai awal 20 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 3 Januari yang lalu, seramai tiga pemain telah digugurkan iaitu Helmi Imran Mohd Nor (MPSJ), Mohd Ridhwan Zainal (Kuala Lumpur MK) dan Mohd Azwann Ismail (KL Felda United).

Malaysia bakal menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang Thailand (19 Januari), Jordan (21 Januari), Chonburi FC (22 Januari) di Bangkok dan dua perlawanan persahabatan menentang Vietnam (25 & 26 Januari) di Ho Chi Minh.

Ia sebagai persiapan untuk menghadapi pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dari 10 hingga 21 Februari 2016.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Jepun; naib juara Kejuaraan Futsal AFF 2015, Australia serta Qatar dan akan memulakan kempen berdepan Australia pada 11 Februari diikuti aksi bertemu Jepun pada 13 Februari dan Qatar pada 15 Februari.

Skuad kebangsaan dijadualkan berlepas ke Bangkok pada 18 Januari dan bakal berlepas ke Ho Chi Minh pada 23 Januari ini sebelum pulang ke tanahair pada 27 Januari ini.