SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 5 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 22 MAC INI

2017-03-17 

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia, Muizzudin Mohd Haris  untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 5 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 22 Mac ini (Rabu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017. 

 BIL.

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

SITI ASNIDAH ZAMRI

18

FELDA UNITED

2.

ZUR’AIN KAMARUDIN

20

FELDA UNITED

3.

NOR FAIZAH MD AKHIR

22

FELDA UNITED

4.

FARAHIYAH MUHD RIDZUAN

24

FELDA UNITED

5.

NORHAWA MD YASIN

24

FELDA UNITED

6.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

24

FELDA UNITED

7.

HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

25

FELDA UNITED

8.

FATIN SHAHIDA AZMI

26

FELDA UNITED

9.

ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN

28

FELDA UNITED

10.

FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ

29

FELDA UNITED

11.

AMIRAH SARAH MOHD FAHMI

27

KUALA LUMPUR

12.

SITY NORAZIZAH JAMAL

27

KUALA LUMPUR

13.

STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH

29

KUALA LUMPUR

14.

NAZIRATUL AMIRA AHMAD NASRI

29

KUALA LUMPUR

15.

INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI

18

PERAK

16.

NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID

23

PERAK

17.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

25

PERAK

18.

NURAIIN SHAFIKA OMAR

26

PERAK

19.

LOVELYTHA JELUS

26

PDRM

20.

NOOR ASYIKIN MOHD NOOR

28

PDRM

 

 Sementara itu, empat pemain – Nur Aisyah Mohd Tahir (Perak), Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur) dan Nur Izwani Azman (Felda United) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

 Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 22 hingga 31 Mac depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan KSL Puchong.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA HARIMAU MALAYSIA, MUIZZUDIN MOHD HARIS

“Alhamdulillah, kem latihan pusat sebelum ini berjalan dengan lancar di mana pemain-pemain tidak mempunyai masalah dengan corak permainan yang kita mahu terapkan.

“Walau bagaimanapun, saya akui pemain nampak keletihan ketika aksi persahabatan tertutup pada 7 Mac lepas kerana hampir separuh daripada pasukan terlibat dengan perlawanan akhir Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) pada hari sebelumnya.

“Kita sekarang dalam proses mengatur dua perlawanan persahabatan, jadi saya harap pemain dapat mempamerkan corak permainan yang berkualiti terutamanya dari segi taktikal pasukan. Yang mustahak pada peringkat aksi persahabatan ini adalah corak permainan berbanding keputusan penuh perlawanan.”