SENARAI 22 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN (23-26 JANUARI 2017)

2017-01-19

Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria untuk menghadiri kem latihan pusat dan pemilihan skuad bola sepak pantai Harimau Malaysia di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dari 23 hingga 26 Januari ini.

 Ia sebagai persiapan awal skuad Harimau Malaysia untuk menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 di Kuala Terengganu, Terengganu dari 4 hingga 11 Mac 2017 yang disertai 13 pasukan.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

32

TERENGGANU

2.

KHAIRUL AZIZI NORWAWI

32

TERENGGANU

3.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

35

TERENGGANU

4.

MOHD RIDUWAN MOHD NOR

27

TERENGGANU

5.

MUHAMMAD HAMIDI MOHAMAD ALIAS

35

TERENGGANU

6.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

23

TERENGGANU

7.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

19

TERENGGANU

8.

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD

35

TERENGGANU

9.

MOHD ROZAIRI AHMAD

30

TERENGGANU

10.

MOHD HASROL ALI

29

TERENGGANU

11.

MOHAMAD NOR AZMAN A BAKAR

19

TERENGGANU

12.

MOHAMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD

23

TERENGGANU

13.

AJASNI PARMAN

44

KUALA LUMPUR

14.

MOHD SHAHRIR MOHD ROYANI

31

KUALA LUMPUR

15.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

29

KUALA LUMPUR

16.

HUSIN ISMAIL

31

MELAKA

17.

ISKANDAR RAZALI

27

MELAKA

18.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

24

PAHANG

19.

MUHAMAD AMINULLAH ABD RAZAB

25

PAHANG

20.

MUHAMAD AMIRUL HILMI YAHAYA

24

PAHANG

21.

MOHD JAMIL DAUD

31

KELANTAN

22.

ANDEE KHAIZAN HISHAM

29

SELANGOR

 

Skuad bola sepak pantai Harimau Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama juara edisi sulung pada 2006 - Bahrain, juara 2013 - Iran, China dan Afghanistan.

 Kumpulan B dibarisi juara bertahan - Oman, Lebanon, Uzbekistan dan Thailand manakala Kumpulan C disertai juara dua kali – Jepun dan UAE serta Iraq dan Qatar.

 Juara setiap kumpulan akan layak automatik ke separuh akhir manakala satu lagi slot akan diisi pasukan naib juara terbaik di kalangan tiga kumpulan berkenaan.

 Ismail, 55, merupakan bekas jurulatih skuad Liga Premier Kuala Lumpur musim lalu dan pernah membimbing skuad bola sepak pantai kebangsaan ketika menjuarai Kejohanan Jemputan Piala Raja Muda Johor 2008 di Desaru, Johor serta menyertai Sukan Pantai Asia 2008 di Bali, Indonesia.

 

KOMEN KETUA JURULATIH BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN, ISMAIL ZAKARIA

“Sebenarnya saya umpama jurulatih 'bidan terjun' kerana baru saja dilantik bagi menggantikan tempat Wan Adremy Indera Wan Adnan yang tidak dapat meneruskan tugas ini kerana mempunyai komitmen bersama skuad Piala Presiden Terengganu untuk musim ini.

 "Jadi saya akan dibantu oleh Mohd Saiful Md Noor dari Kedah untuk melakukan pemilihan awal pada empat hari kem latihan pusat bermula Isnin depan yang mana daripada 22 pemain disenaraikan ini, hanya 18 pemain akan dipanggil untuk kem latihan pusat berikutnya bermula 8 Februari.

 "Cuma persiapan kita ini agak singkat dengan hanya kem latihan dan berharap dapat mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan dari kumpulan lain jika ada di kalangan mereka yang tiba awal di Kuala Terengganu nanti.

 "Jika dilihat senarai nama pasukan lain yang akan menyertai kejohanan ini, Malaysia antara pasukan underdog.

 "Biarpun bukan pasukan pilihan, kita tetap perlu serius dalam melakukan persiapan supaya mampu untuk memberikan saingan dan tidak pula menjadi pasukan belasahan. Kita tetap akan cuba beri yang terbaik lebih-lebih lagi beraksi sebagai pasukan tuan rumah."