SENARAI 23 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN BERTEMU ARAB SAUDI & MACAU

2016-03-11

Berikut senarai 23 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 14 Mac ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia menghadapi perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Arab Saudi di Jeddah pada 24 Mac dan aksi persahabatan antarabangsa bertemu Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Mac.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN/KELAB

1.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

27

GK

KELANTAN

2.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

25

LW

KELANTAN

3.

BRENDAN GAN

28

DM

KELANTAN

4.

JOSEPH KALANG TIE

29

LW

TERENGGANU

5.

YONG KUONG YONG

28

LB

TERENGGANU

6.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

29

ST

TERENGGANU

7.

MATTHEW DAVIES

21

RB

PAHANG

8.

SHAHROM ABDUL KALAM

31

CB

SELANGOR

9.

HAFIZ KAMAL

29

DM

SELANGOR

10.

NAZMI FAIZ MANSOR

22

AM

SELANGOR

11.

AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM

25

RB

SELANGOR

12.

BADDROL BAKHTIAR

28

DM

KEDAH

13.

FARHAN ABU BAKAR

23

GK

KEDAH

14.

AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

21

DM

KEDAH

15.

SHAHRUL SAAD

23

CB

PERAK

16.

IZHAM TARMIZI ROSLAN

25

GK

JOHOR DARUL TA’ZIM

17.

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

29

CB

JOHOR DARUL TA’ZIM

18.

FADHLI SHAS

25

CB

JOHOR DARUL TA’ZIM

19.

FAZLY MAZLAN

23

LB

JOHOR DARUL TA’ZIM

20.

S CHANTHURU

29

RW

JOHOR DARUL TA’ZIM

21.

SAFIQ RAHIM

29

AM

JOHOR DARUL TA’ZIM

22.

AMRI YAHYAH

35

ST

JOHOR DARUL TA’ZIM

23.

S KUNANLAN

30

RW

JOHOR DARUL TA’ZIM

 

Tujuh pemain dari Kelantan, Terengganu dan Pahang perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 14 Mac (Isnin) disusuli empat pemain dari Selangor pada 17 Mac (Khamis) dan tiga pemain dari Kedah pada 19 Mac (Sabtu).

 Baki sembilan lagi pemain – seorang dari Perak dan lapan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu melapor diri pada jam 9.30 pagi pada 20 Mac sebelum barisan 23 pemain ini berlepas ke Jeddah pada jam 3 petang hari yang sama.

 Daripada senarai 23 pemain kali ini, hanya 13 pemain dari skuad yang tewas 6-0 kepada Palestin di Amman, Jordan (12 November 2015) dan tewas 2-1 kepada UAE di Stadium Shah Alam (17 November 2015).

 Baki 10 pemain yang dipanggil untuk kem latihan kali ini terdiri daripada Brendan Gan, Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong, Norshahrul Idlan Talaha, Shahrom Abdul Kalam, Hafiz Kamal, Nazmi Faiz Mansor, Amirul Hisyam Awang Kechik, Fadhli Shas dan S Kunanlan.

 Sementara itu, lima pemain – Ahmad Fakri Saarani (Kedah), K Gurusamy (Sarawak), Adam Nor Azlin (Selangor), Farizal Marlias (JDT) dan Nazrin Nawi (JDT) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 23 pemain di atas mengalami kecederaan.

 

KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE

“Barisan kali ini adalah gabungan pemain senior dan pemain muda. Ini adalah matlamat utama saya tetapi pada masa yang sama perlawanan bertemu Arab Saudi ini bukan untuk percubaan tetapi melibatkan maruah kita.

 “Saya sedang melakukan transisi pemain tetapi saya tak boleh tukar semua pemain senior. Ia akan dilakukan secara berperingkat. Purata usia pemain dalam pasukan ini ialah 26 tahun. Jika kita lihat, seramai 10 daripada 23 pemain kali ini adalah mereka yang berusia 25 tahun dan ke bawah.

 “Jadi apa yang penting di sini, siapa yang diberi peluang kali ini perlu membuktikan sesuatu. Jika tidak, kemungkinan ada perubahan lagi selepas ini. Saya mahu mereka mengambil kira semua faktor termasuk keseriusan dan dispilin sepanjang latihan dan perlawanan bertemu Arab Saudi nanti.

 “Saya tak boleh nak senaraikan semua pemain. Mereka yang tidak dipanggil kali ini, bukan bermakna mereka akan terpinggir untuk panggilan akan datang. Pemain yang dipilih kali ini adalah mengikut percaturan kita untuk berdepan Arab Saudi.

“Shahrom pertama kali saya panggil. Saya lihat dia cukup konsisten bersama Selangor sejak dari musim lalu hingga ke musim ini. Pengalaman dia penting. Amirul Hisyam pula, dia bermain dengan baik bersama Kedah. Harap dia mengambil peluang ini.

 “Saya tidak mengira jika pemain itu berusia 18 tahun, 21 tahun atau 30 tahun. Asalkan dia menunjukkan prestasi baik, saya akan panggil.

 “Cuma sedikit kekangan apabila saya terpaksa memanggil pemain secara berperingkat kerana Piala AFC dan Piala FA. Kita tiada masa banyak untuk berlatih bersama. Tapi tujuh pemain tetap perlu melapor diri awal pada Isnin ini kerana jika saya benarkan mereka berehat, sukar untuk mereka kekalkan tahap kecergasan.”