SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 1 OKTOBER 2021

2021-09-23

Berikut senarai nama 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

 MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

34

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

2.

 MUHAMMAD NAZMI FAIZ MANSOR

27

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

3.

 MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

22

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

4.

 MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

26

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

5.

 GUILHERME DE PAULA LUCRECIO

35

JOHOR DARUL TA’ZIM FC

6.

 MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID

32

SELANGOR FC

7.

 MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

23

SELANGOR FC

8.

 SHARUL NAZEEM ZULPAKAR

22

SELANGOR FC

9.

 MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI

20

SELANGOR FC

10.

 MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

26

KUALA LUMPUR CITY FC

11.

 MUHAMMAD AKRAM MAHINAN

28

KUALA LUMPUR CITY FC

12.

 KENNY PALLRAJ A/L DAVARAGI

28

KUALA LUMPUR CITY FC

13.

 MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR

25

TERENGGANU FC

14.

 MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

23

TERENGGANU FC

15.

 MOHAMAD HAKIMI ABDULLAH

22

TERENGGANU FC

16.

 QUENTIN CHENG JIUN-HO

22

PENANG FC

17.

 MOHAMAD AL HAFIZ HARUN

27

PENANG FC

18.

 MOHD RIZAL MOHD GHAZALI

29

KEDAH DARUL AMAN FC

19.

 BADDROL BAKHTIAR

33

KEDAH DARUL AMAN FC

20.

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT

32

MELAKA UNITED FC

21.

 KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI

26

PETALING JAYA CITY FC

22.

 DION-JOHAN COOLS

25

FC MIDTJYLLAND

23.

 LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

19

KV KORTRIJK

24.

 DOMINIC TAN

24

POLICE TERO FC

 

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe hanya mengekalkan 12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu pada Mei dan Jun lalu iaitu ketika menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai, UAE.

Mereka terdiri daripada ketua pasukan Aidil Zafuan Abd Radzak, penjaga gol Khairulazhan Khalid, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Dion Cools, Irfan Zakaria, Syahmi Safari, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula.

Ketiadaan baki 14 pemain lain yang tidak dipanggil kali ini diisi oleh enam muka baharu yang mahu diuji Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Turut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Skuad Harimau Malaya akan melapor diri di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2021 sebelum berlepas ke Amman pada 2 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan ini yang berlangsung dalam tempoh jendela perlawanan antarabangsa FIFA (4 hingga 12 Oktober 2021) dan dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober 2021.

Dua perlawanan ini merupakan medan terbaik buat Cheng Hoe menilai pemain yang dipanggil kali ini sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

* Senarai ini dikeluarkan pada Khamis, 23 September 2021

 

KEMAS KINI 30 SEPTEMBER 2021

Tan Cheng Hoe telah memanggil tiga pemain baharu iaitu Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 23, dari Terengganu FC serta Muhammad Ariff Farhan Md Isa, 25, dan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, 23, dari Kedah Darul Aman FC bagi menggantikan tempat Dion-Johan Cools (FC Midtjylland), Syahmi Safari (Selangor FC) dan Akhyar Rashid (Johor Darul Ta'zim) yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan.

 

KEMAS KINI 1 OKTOBER 2021

Tan Cheng Hoe hanya akan membawa 22 pemain ke Amman selepas pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang hadir melapor diri, hari ini terpaksa digugurkan selepas pengesahan kecederaannya manakala pemain Terengganu FC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni pula tidak hadir untuk melaporkan diri.